Pages

Like Us Facebook

Since 2012

Since 2012, this is my newest post.!!!

"Life will not going as we wish but it will going through what the best fits us."

1. Al fatihah buat ibuku yg kembali mengadap Ilahi Ogos 2012, satu tamparan hebat buat diri aku, dimana segalanya terletak pada emak. Hilangnya doa seorang ibu,Kaburnya penglihatan anak2 tanpa sang ibu, kesunyian anak2 tanpa suara sang ibu, Ibu sebaik2 peneman, bermula dari perut, disaat degupan jantung yg pertama didunia ini, dialah peneman kita tatkala kita berserah kepada Allah swt keadaan kita pada masa tersebut. Sehingga kini, sehingga tua, sehingga ke nafas terakhir kita masih inginkan sang ibu.

2. Bapaku kawin lagi
Sebelum perginya emak mengadap Ilahi, adik kandung ibuku atau pak saudara juga telah pergi mengadap Ilahi pada Mei 2012. Meninggalkan 6 org anak dan seorang isteri. Ketika itu lima daripadanya masih bersekolah dan yg bongsu di tahun 3. Dipendekkan cerita bapaku berkahwin dgn Mak Tam aku. Sepupu2 aku juga adik2 tiri aku. Makin besar keluarga aku.
Alhamdulillah April 2013 dlm majlis yg sederhana keluarga kami disatukan. Ketika hayat ibuku yg masih sihat, ibuku sudah berpesan kepada ibuku, "ambillah tanggungjawab buat anak2 kecil tersebut". Dalam keadaan begini anak2 melihat ibuku tak kisah dimadukan kerana Allah swt. Namun Allah swt lebih sygkan beliau.

3. Aku pulak kawin.
Bapanya udah, anaknya belum..... kata2 sahabat2 dan saudara mara. usikan biasa tanda keakraban. Semasa hayat ibuku lagi pilihan2 mereka sering berlegar2 dicorong talipon aku, tapi apakan daya, belum jodoh lah tu. Kisah aku kahwin pun ada menarik juga bagi aku kerana aku bukan pencinta wanita bukan mahram... haha.. tapi kalau dh jodoh, bukan mahram menjadi halal selepas akad nikah.
kisahnya bermula...

panjang ceritanya yg menjadikan ia pendek.

its just ketentuan!

Nothing I can say,
miss u mom!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed