Pages

Like Us Facebook

Active Attenuator

Sudah mula semester baru neh... otak sudah lama ligat berfikir, tp blum come out dgn apa2 result.. Macam mana neh.... So.. kita wat progress sket.... Sebelum nk fabricate litar attenuator nie, ingin aku ceritakan apa benda neh... Bahasa Inggerisnyer Attenuator dimana bahasa melayu nya pula dikenali sbg perosot. Maka sebarang signal yg masuk boleh dilaraskan mengikut kemahuan masing2. Jadinya... sebarang signal yg masuk boleh dirosotkan agar signal tidak terlalu kuat.. Ada sbb utk nk lemahkan signal. Slalunya kita nk booster kan signal utk dapatkan reception yg terbaek.. Tapi ini terbalik... Laen sedikit... kerana ada sbb tersendiri.

Sebelum tuh... litar ini dipanggil active attenuator kerana menggunakan sumber tambahan. Ade jugak passive attenuator yg mana tidak menggunakan sumber(bateri) tambahan. So sebelum kita fabricate ke board. Aku simulate dulu menggunakan Proteus 7. Simulate dulu utk memastikan litar ini benar2 berfungsi seperti yg kita mahukan.





So, bawah nie result dari simulation bila nilai perintang boleh laras direndah kan ke 10ohm

So, bawah nie bila perintang boleh laras tuh dinaikkan


Maknanya, litar ni benar2 jadi dan hanya perlu fab atas board jer lah..
litar nie diberi oleh Pak Den Atan dari Muar Johor, 9M2DA.
dan litar asal diperoleh dari http://www.hamradioindia.org/
Penerangan mendalam boleh layari website tu.
Disimulate oleh Habibi Sakir, 9W2XXS - x-ray romeo aku..
aku tukang place component jer.. hehe
73,88

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

Semester Baru

Assalamualaikum w.b.t, buat rakan2 pengajian serta rakan2 ham. Dah lama rasanya tidak aku menulis diblog. Sudah agak bersawang. Semester baru bermula Isnin ini, 14/12/09. Ini merupakan semester akhir utk pengajian aku Insyaallah.

Bersempena dengan semester baru, tahun baru masihi, tahun baru hijrah. Apa yg telah kita lakukan setahun yg lalu. ops. lagi beberapa hari rasanya... Apa telah kita lakukan. Sudah berapa byk amal telah kita lakukan. Jika kita mati esok, adakah amal kita mencukupi utk menyelamatkan kita.....

Setiap hari kita bernafas, mencari rezeki bagi yg bekerja, menimba ilmu bg penuntut seperti kita.. mencari nfkah bagi yg beristeri... Bermacam kita lakukan. bermula dari keperluan sehinggalah ke tanggungjawab malah melampui batasan.. Keperluan, sesuatu yg mesti kita perlukan seperti makan dan minum.. cukup sekadar perlu... namun tanggungjawab mengheret kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kepada yg memerlukan... namun bila rezeki mlimpah ruah, kita mula lupa.. kita mula melampaui batas2 yg telah ditetapkan..

Apakah yg telah kita lakukan selama ini.. Apa yg kita cari.. Apa yg telah kita ada. Apa yg telah kita perolehi. Apa yg telah kita abaikan.... Renunglah kembali kisah silam kita, mungkin masih ada jalan utk memperbaikinya.. kita semua manusia sama shj.. xrenggang dari kesilapan... maafkan aku jika tersalah kata dan bicara..

Pagi2 begini, terasa agak sayu dan sedih.. namun bintang di langit memukau memberi kata, masih byak yg perlu kita lakukan... masih byk yg perlu kita tegak kan... masih byk yg perlu kita usahakan...

"Tanpa permulaan, kita tidak akan sampai ke mana-mana, dan kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan"

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed