Pages

Like Us Facebook

Showing posts with label Amateur Radio. Show all posts
Showing posts with label Amateur Radio. Show all posts

Active Attenuator

Sudah mula semester baru neh... otak sudah lama ligat berfikir, tp blum come out dgn apa2 result.. Macam mana neh.... So.. kita wat progress sket.... Sebelum nk fabricate litar attenuator nie, ingin aku ceritakan apa benda neh... Bahasa Inggerisnyer Attenuator dimana bahasa melayu nya pula dikenali sbg perosot. Maka sebarang signal yg masuk boleh dilaraskan mengikut kemahuan masing2. Jadinya... sebarang signal yg masuk boleh dirosotkan agar signal tidak terlalu kuat.. Ada sbb utk nk lemahkan signal. Slalunya kita nk booster kan signal utk dapatkan reception yg terbaek.. Tapi ini terbalik... Laen sedikit... kerana ada sbb tersendiri.

Sebelum tuh... litar ini dipanggil active attenuator kerana menggunakan sumber tambahan. Ade jugak passive attenuator yg mana tidak menggunakan sumber(bateri) tambahan. So sebelum kita fabricate ke board. Aku simulate dulu menggunakan Proteus 7. Simulate dulu utk memastikan litar ini benar2 berfungsi seperti yg kita mahukan.





So, bawah nie result dari simulation bila nilai perintang boleh laras direndah kan ke 10ohm

So, bawah nie bila perintang boleh laras tuh dinaikkan


Maknanya, litar ni benar2 jadi dan hanya perlu fab atas board jer lah..
litar nie diberi oleh Pak Den Atan dari Muar Johor, 9M2DA.
dan litar asal diperoleh dari http://www.hamradioindia.org/
Penerangan mendalam boleh layari website tu.
Disimulate oleh Habibi Sakir, 9W2XXS - x-ray romeo aku..
aku tukang place component jer.. hehe
73,88

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

Rae Datang Lagi..... RAE 2009-2

Meh2... sapa nk amek sila sediakan diri utk exam akhir tahun ini.... yg pasti sila daftar sebelum 16/10/09...




Repeater Amateur Radio Malaysia menerusi Google Maps....

Repeater Radio Amateur Malaysia via Google Maps


Salam,

Buat para radio amateur dan para SWL... 9W2AZV dari MARTS Perlis telah menghasilkan jaringan senarai repeater didalam google earth... Jika anda mempunyai installer Google Earth, anda boleh tambah layer repeater radio amateur malaysia ke Google Earth anda. Dengan senarai repeater atau pancar ulang, kemana kita pergi kita dapat tahu repeater mana paling dekat dgn kita dan dgn senarai ini juga tersedia/terpapar downlink freq, shit freq dan tone... dan tak ketinggalan website pemegang repeater.. hehe... Jadi silalah berkunjung utk mendownload file tersebut... http://perlis.marts.org.my

File REPEATER.kmz yg disunting oleh 9w2AZV,Abg Azmeer QTH: Beseri (Malaysia).. saya cuba utk upload pada google map dan cuba utk diletakkan pada blog saya dan juga kepada sesiapa yg berminat. Sebenarnya sgt senang nk letak... cuma saya agak kurang mahir sket.. hehe... kene blajaq dgn abg Azmeer lagi nie.. blum pernah jumpe pun lg dgn Abg Azmeer nie.. salam kontek perdana kepada beliau...

so.. aku letakkan hasil selepas di upload... (test run lagi)...

ARDF Malacca... 8/9/09

Salam semua... aku p maen ardf ie hari ahad lepas... bermula jam 8.30 pagi... oleh kerana aku ada motor saja.. aku p ngan moto saja berbekalkan 3 buah moto.. dengan sorang satu moto.. kami menghempas pulas utk sampai ke melaka sebelum 8.30 pagi... ... jam 5 pagi aku bertolak dari utm ke ayer keroh melaka... event kat melaka dikelola oleh 9m2wt... uncle bill...

event kali nie mmg paling susah pernah aku maen... susah sgt.... aku akan upload gambaq kat sana... aku p melaka ngan mohsin dan penyu serta sahabat aka tuuut penyu.......

bawah nie gambar geng organizer...


Bagaimana nk maen....???

benda nie senang saja... mcm nk mencari musang la.. nama permaina nie Fox hunting dan nama laen nya permainan mencari musang. tapi musang nie tak lari mana2.. dia dok tang tu ja... bawah nie lah map atau pun pelan pencarian kami.. tapi kat bawah nie dh ada jawapan... itu lah musang2 nya yg juga dikenali sbg beacon...


kat melaka nie ada 2 kategori.. Beginner dan Intermediate...
Utk beginner... satu team dua org.. bagi Intermediate.. satu team sorang je... Kt dalam map nie ditunjukkan ada 5 musang(beacon) dan satu homing... Utk beginner.. kami diarahkan utk mencari musang bernombor 1,3,5 dan homing.. manakala intermediate diarahkan utk mencari musang(beacon) bernombor 1,2,3,4 dan homing. setiap musang diletakkan ditempat yg tersembunyi tanpa sebarang direction...

Apa pula maksud homing... Homing nie musang(beacon) terakhir atau tapak penamat.. Uniknya di melaka nie.. starting point tmpt laen.. finish point tempat laen.. haha....bagi aku sedikit unik la sbb xpernah rasa mcm nie lagi... mungkin ada rakan2 laen yg dh biasa...

Gambor nie adalah musang(beacon) yg ke 3...... aku rase aku org terakhir yg jumpe...
nie adalah homing beacon.. dekat2 dengan finish point.

nie team dari MMU melaka - kalau tak silap la.. klo silap mohon dimaafkan..
Antenna dgn 6 element.. style dk.. depa nie buat sendiri... then ada attuenator... suatu benda mcm perosot signal frequency...
so, ini kami bertiga. sahabat penyu ditugaskan dgn tugas2 khas seperti mengambil gambar dan mengelap peluh penyu...
muhsin dan hery. 9w2hpo
ini lah frequency yg digunakan utk mencari musang(beacon)2 nie..
musang 1,2,3,4,5 adalah pada frequency 144.500Mhz
homing beacon pada frequency 144.800 Mhz...
maka nya aku serta mohsin dalm kategori beginner.. kene cari musang 1,3,5.. so.. kena lah cari musang2 tue sampai dapat.. pastu baru cari homing freq utk ke garisan penamat...

mcm mana nk cari ????
setiap transmission ada signal streangth.. ala mcm tepon kita ada.. ada signal bar kat tepon tue.. yg menunjukkan samada signal kuat atau lemah... so sama jugalah dlm permainan nie.. kita nk cari musang berdasarkan signal yg ditransmit oleh musang nie... so.. klo nk cari direction mestilah pakai antenna yagi utk dptkan direction musang tu samada sebelah kiri kita, kanan kita atau didepan kita.. maka bermulakan detik2 pencarian bersama partner aku...


gambor kat bawah nie.. alat nie harga nya hampir RM2000.... tapi mmg bagus sgt alat nie... sbb setiap signal yg masuk ke alat ini, dia bleh trace, musang tue no berapa... then ada signal indicator lagi.. samada signal jauh atau dekat.. klo signal kuat sgt. maka dh dekat.. so dia ada attuenator yg mana mengurangkan kekuatan signal dia agar mudah mendapat arah dia...
muhsin kepenatan melakan kerenah aku yg suka berlari pastu berenti.... haha

Kelas Persediaan Radio Amateur Examination RAE 2009-1

Salam,

Pertama sekali, aku nk ucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester... Kita semua masih didalam dilema exam, otak mmg serabut, keje menimbun lagi, janji xsettle lagi, apa yg kita pikir adalah tanggungjawab kita semua. Saban hari otak bekerja, malam hari memikirkan kerja utk esok hari, janji2 esok atau lusa yg blum ditepati.. Apa2 pun selamat menjawab, semoga kita berjaya didunia dan diakhirat.

Aku baru jer google mengenai kelas persediaan, mungkin ada yg memerlukannya... Bagi yang akan mengambil exam RAE-2009-1 pada 24 JUN nie semoga ilmu didada dipenuhi dengan ilmu yg diperlukan...

Exam yg bakal berlangsung mengandungi 100 soalan objektif dengan empat pilihan a,b,c,d. Dengan objektif tanpa subjektif mungkin mampu mengukir senyuman bagi anda.. hehe... Secara rambangnya, aku mangatakan :
50 soalan terdiri daripada teknikal dan teori
50 soalan lagi terdiri daripada law and rule and standard operating procedure (SOP)

Jadi bagi rakan2 aku di UTM yg bakal mengambil exam ini, sudah xbanyak yg perlu ditekankan, untuk soalan teknikal, subjek princip perhubungan mungkin akan membantu dan sememangnya membantu......

Maka dengan ini, hanya perlu perkukuhkan ilmu peraturan, syarat dan "SOP". Bagi aku, bace je... klo dh minat tue, skali lalu baca pun dh igt....

ok, here i have a few place where they made some class for preparetion.. Mungkin amat berguna bagi sesiapa yg memerlukan....


1. Pahang Darul Makmur

LOKALAN BERA/KERAYONG/TEMERLOH ATAU KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA ATAU SESIAPA YANG BEMINAT UNTUK HADIRI KELAS RAE BOLEH LAH DATANG KE TEMPAT SEPERTI DIBAWAH :
QTH : BALAI K.R.T TAMAN KERAYONG MAKMUR
MASA : 21:00HR
HARI : JUMAAT MALAM SABTU
TARIKH : 10/4/2009---24/4/2009---08/05/2009---22/05/2009---5/6/2009.
QSL DIRECT 9W2TWH SAIEDIN CALL:013-9051715
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kelas Bimbingan RAE sila hubungi : 9W2MHR 019-9191676 (Temerloh), 9W2FRD 017-9324287 (Bera), 9W2GUU 013-9849943 (Jengka) & 9W2OCB 013-9355127 (Bentong).
link here

2. Kuala Lumpur

Pihak Kramat akan mengadakan satu Kelas Kemahiran Radio Amatur. Pada kebiasaanya kelas ini dikenali denga Kelas RAE atau Kelas Persediaan RAE. Namun pihak Kramat merasakan Kelas Kemahiran Radio Amatur yang bakal diadakan ini akan lebih bersifat menyeluruh dan bukan sahaja untuk persediaan menghadapi Peperiksaan RAE.
Walaubagaimanapun target utama bakal para pelajar adalah calon-calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan Jun 2009. Kelas Kemahiran ini bakal diadakan selama dua hari.
Bagi memberikan tumpuan kepada para pelajar kelas yang diadakan adalah terhad jumlah pelajarnya. Untuk mendaftar bagi mengikuti kelas berkenaan sila type RAE_NAMA_IC Number dan SEND kepada 012-3050205.


Tajuk Kursus: Kelas Kemahiran Radio Amatur
Anjuran : Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
Tempat: Kuala Lumpur/ Selangor
Masa: 2 hari
Tenaga Pengajar:9M2 dan 9W2 Yang berpengalaman.
link here


3. Ipoh, Perak *update
Pihak PARTS akan mengadakan Kelas Persediaan RAE pada setiap ahad dan rabu bermula 3-May-2009 dan 6-May-2009.

Tempat
Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh

Tarikh

Ahad - 3/5, 10/5, 17/5, 24/5, 7/6, 14/6, 21/6
Rabu - 6/5, 13/5, 20/5, 27/5, 3/6, 10/6, 17/6

Masa

Ahad - 10:00 pagi ~ 12:00 tengahari
Rabu - 08:00 malam ~ 10:00 malam
link


4. Alor Setar, Kedah *update
UNTUK MAKLUMAN SEMUA RAKAN-RAKAN HAM LOKALAN ALOR SETAR DAN KAWASAN YANG SEKITAR DENGANNYA,KELAS RAE BAGI SESI 1/2009 AKAN DIADAKAN BERMULA PADA:-


TARIKH : 08 MEI 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.00 PM - 11.00 PM

TEMPAT : KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

YURAN PENDAFTARAN : RM50.00


PENDAFTARAN AKAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT.BAGI SESIAPA YANG AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN RAE 1/2009 BOLEHLAH MENGHADIRI KELAS TERSEBUT.KELAS AKAN DIADAKAN SETIAP MINGGU PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.


73

p/s : Ini je yg aku jumpe selepas google... klo aku jumpe lagi, aku update sket.... mungkin ada yg memerlukan...

Collection of ARDF Kuala Lumpur by 9M2LC







Photos courtesy of 9M2LC
http://www.kclim.myardfsport.com

ARDF 5/4/2009 Pusat Ko-Q Kuala Lumpur

Salam,

Salam kontek perdana buat rakan2 ham serta sahabat2 ku... lama jugak aku tak posting nie.. Malam nie aku sanggup bersengkang mata menulis sedikit pengalaman aku di Kuala Lumpur mengikuti ARDF peringkat kebangsaan.. Suatu benda lagho aku.. hehe... xdk benda yg aku buat selain lagho..

ARDF- maksudnya, Amateur Radio Directional Finding.. bahawa melayu nya korang bleh tafsir sendir, senang jer tuh, tapi aku tak tau.. kebolehan korang melebihi kelebihan aku.. aku main bende lagho jer.. bak2 kata rakan yg tak tahu nie.. benda xberfaedah lah nie.. sorry ek.. tapi aku rasa cam bagus.. cuma xsebagus yg kalian punya aktiviti.. hehe...

Aku g KL bersama dgn rumate aku, PENYU.. menumpang lecture 7000 bagi penjimatan tahap maksimum. hehe.. klo nk kuar duit sendiri, mau kusut gak.. apa2 pun.. che mie menunggu di KL.. ada gak teman yg sanggup membantu... TQ che Mie kudud... long time did't call kudud.. hehe..

Competition nie dibuat di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur peringkat kebangsaan... Antara peserta yg sempat aku berborak, Kelab Pradas, Kelab NAZA Kia, Kelab ViVa. Kelab Adtec Kulim, geng Melaka, Muar, Pahang dan Nagori Sambilan.. hehe.. ramai, cuma sembang gitu2 jer.. xder amek no contact.. laen kali kena amek kot.. hehe.. http://v17ardf2009.blogspot.com/


Sijil Penyertaan

haha.. acara ini adalah acara menangkap musang berjanggut. hehe.. dalam kata laen, mencari tranmitter.. Transmitter sebanyak 5 buah di letakkan berselerak di serata Taman Tasik Titiwangsa.. Maka aku dan penyu berpasukan mencari musang neh... Musang nie mengeluarkan bunyi "Mos Code" yang setiap satunya mengeluarkan bunyi yg berbeza2.. so, dengan bunyi kita boleh membezakan musang pertama atau kedua dan berikutnya.. hehe.. macam nk bezakan jantan atau betina la cam tue.. bunyi dia mesti laen.. hehe

Nak cari musang pun kena ada device dia jugak, xbleh main serkap ja.. hehe.. kita kena ada receiver utk mengenal pasti musang tu dimana juga antenna utk nk receive bunyi musang tue.. hehe.. cam kelakar.. tapi best... aku plak suka pelik2... hehe...

antenna yagi uda serta receiver Ft- 60r

Yang bawah nie, brother dari Kelab Naza Kuala Lumpur.. antenna dia mmg mantap , cantik siot.. macam eklusif gitu... nnti aku nk blajar ngan dia cam mana nk wat cantek2... Kat antenna dia ada slot letak handy, xla mcm aku kena pegang setiap masa.. Dia ada letak kompas lagi.. paling mantap ada attuenator.. iaitu "perosot freq" suatu device yg amat penting dalam permainan ini.

Kami berjaya habis kan dalam masa 2 jam 25 minit dari 3 jam.. hehe... suatu masa yg agak lama.. bila sampai ke garisan penamat, dh ramai yg sampai.. rupanya aku nie dh tersgt lewat... sedih aku.... Cube korang bayangkan berlari2 sekitar taman tasik titiwangsa selama 2 jam lebih.. pergh.. kurus rasanya.. hehe.. tapi atas semangat penyu yg masih bertenaga, aku teruskan usaha dan lebuh bersemangat.. hehe.. seb baik ada penyu.. dia yg banyak jumpe musang tuh.. seb baik musang tue tak der refflect.. klo tidak, susah gak nk tangkap.. hehe..

Acara berikutnya adalah acara Slalom.. kami tak join acara nie.. sbb mcm susah.. hehe.. Acara yang memerlukan ketelitian serta peralatan/device yg bagus.. device pun HOMEMADE tau.. antenna semestinya HOMEMADE.. hehe...

Slalom nie adalah acara utk mengenal pasti antenna yg aktif atau yg sedang memancar... Seperti gambar dibawah, antenna pada kedudukan A, B, C dan D. Peserta perlu mencari antenna yg sedang aktif, dan hanya satu antenna aktif pada satu2 masa... dengan kepakaran serta teknologi yg dibuat sendiri, ramai yg mendapat kedudukan seri dan memerlukan saringan... haha.. best nih.. tapi aku tidak punyai kelengkapan yg sepatutnya.. maka laen kali harap bertemu lagi..


brother nie mmg power.. antenna rabit jer dia modify.. jadikan array and create element..



Disamping tu ada jugak pamaran APRS, aku ada post mengenai APRS.. nie antara kawasan Command Center kat situ.. Mmg aku adore gila ngan device depa nie.. geram ja.. sabaq2... radio unit jer yg dibeli dan juga laptop.. yg lain kebanyakan adalah HOMEMADE.. mmg power depa nie.. Kebanyakan yg power2 adalah dari MARTs... otai2 nie... kena p blajaq ngan depa..

HF radio unit - HF adalah freq world wide.. propogation around the world.. device yg mampu menghantar audio mengelilingi dunia..

mat saleh nie tgh communicate ngan org China kot... klo tak silap aku la..


APRS sytem - latop hanya utk melihat APRS yg aktif. Laptop bersambung kpd wifi internet. Device dibelakang laptop adalah digipeter dan seangkatan dgn nya.. Jika anda bukan website ini http://aprs.fi/ korang bleh lihat mobile, base station serta portable station yg aktif diserata dunia.. Semasa acara Fox Hunting(acara cari musang), device yang kami cari telah pun aktif di web tersebut.. jika ada antara kami yg monitor website map tue, pasti ada.. Ia seperti teknologi GPS. Device(musang tersebut) di hubungkan dengan repeater Genting Highland.. Maka sesiapa yg punyai internet boleh melihat dimana musang tersebut berada(exact location). Ini utk mengelakkan device tersebut daripada dicuri oleh pihak yg tak bertanggungjawab.. Klo sapa p curi mmg sakit la.. klo kena curi. mmg bleh monitor sampai umah dia.. haha...

Interface utk salah satu beacon



trofi aku dan penyu yg tak seberapa...

p/s : semasa pertandinga tue, aku mmg tak bleh pakai h/p so, xder lah gambar yg bleh di snap... mungkin pihak penganjur akan posting pada website mereka.. http://v17ardf2009.blogspot.com/


APRS - What is this?

APRS adalah singkatan kepada Automatik Packet Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Bob Bruninga. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil packet radio.


ISS pun menggunakan sistem packet radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Audio didalam mode ini boleh didengari dengan clik disini.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan program Google Earth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Bagaimana ia berkerja?

Terdapat beberapa software yang percuma yang boleh di download dari internet. Antaranya yang popular adalah ui-view dan uiss. Dengan menghantar becon kepada server ARPS, callsign kita akan muncul di peta dunia sebagai station radio amator, repeater dan sebagainya.

Untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9W2KEY-9 dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh 9W2KEY-9. 9W2KEY-9 itu merupakan satu station mobile yang memancar di 144.390Mhz dimana 9W2KEY-3 adalah sebuah digipeter yang menghantar dan menerima becon melalui radio. Kemudian transmitnya ke internet.


Apa yang boleh dibuat dengan APRS?

Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeating. Email boleh dihantar walaupun 9W2KEY-9 tidak mempunyai sambungan internet semasa bermobile. Selain daripada itu, station yang aktif dan monitor di APRS boleh mengetahui keadaan cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya akan dilaporkan oleh WX station ke dalam sistem APRS.

Kenapa ada -3 dan -9 dan sebagainya?
Ini dinamakan sebagai SSID utk kegunaan dalam APRS, berikut disenaraikan SSID yang terdapat didalam APRS:

Contoh :
9W2KEY-3
Maksudnya 9W2KEY-3 ini ialah Digipeater, yg mana akan menghantar becon dan traffic ke RF, contoh di frequansi 144.390MHz

9W2KEY-9
Maksudnya 9W2KEY-9 tengah mobile dan menghantar beconnya ke 144.390MHz, jadi kedua2 station ini akan berhubung di 144.390MHz. Mana-mana station yang monitor di frequansi tersebut boleh laa mengesan dan mengetahui dimana mobile station itu berada sekarang. Selain monitor melalui RF, mana2 station yg monitor melalui internet pun boleh juga monitor dan trace kedudukan 9W2KEY-3. Tetapi mana-mana station yang monitor di 144.930 hanya boleh mendengar paket radio sahaja dan tidak akan memahami apa pun kerana bunyinya yang agak pelik seperti audio diatas tadi.


Bagaimana APRS berkerja?

Ia adalah gabungan antara komputer, interface dan radio. Computer akan generate audio untuk packet mode berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Interface akan mengawal TX/RX dan RIG akan menggunakan RF untuk menerima dan manghantar audio packet tersebut.


Apabila dua station disetkan pada seting yang sama dan frequansi yang sama, maka kedua-dua station itu dapat brehubung antaranya dengan menggunakan RF. Station yang ada sambungan internet boleh bertindak sebagai Digipeater yang mana akan menerima signal dan audio dari station yang tidak mempunyai internet dan menhantarnya kembali becon tersebut ke internet.

Contohnya, 9W2KEY-9 adalah station APRS didalam kereta. Dalam kereta tersebut terdapat laptop, interface dan RIG ICom V8. RIG bekerja di 144.390MHz, dan telah menghantar becon ke 144.390MHz yang mana digipeater pun bekerja pada frequansi yang sama. Maka dengan itu seluruh dunia dapat monitor dan trace lokasi terkini 9W2KEY-9.

Apa perkakasan yang diperlukan?

Untuk permulaannya, apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan internet. Jika anda ingin menggunakan Gateway yang disedi akan oleh Digipeater2 yang tersedia ada, anda hendaklah mempunyai komputer + Interface + radio. Kemudian seting frequansi radio mengikut Digipeater tersebut
Litar Interface

Disini ada dua litar interface yg boleh diguna pakai sbg digipiter

p/s : semua artikel ini aku ambil dari http://perlis.marts.org.my
banyak lagi ilmu yg best yg bleh kita pelajari selain dari ber"QSO".

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed