Pages

Like Us Facebook

Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Puasa... Ibadah demi Juadah Berbuka

Style dk tajuk aku... tlg la ckp style.. aku igt klo budak2 dulu.. nk posa ja.. huh.. best gila.. sbb bakal berhari raya.. dan duit pun bleh dpt byk... tapi skang laen... sampai tiada apa sehingga sebelum maghrib tadi... azan maghrib tdi ja aku baru start rasa mcm mendebar sket... tu pun sbb terima msg dari rakan2... dan sanak keluarga... byk jugak msg2 yg unik, pelik dan tersentuh dek hati.. hehe...

"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak" semuga kita tidak lupa Renew Lesen Mulut, Servis kan Hati, Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga, Pelihara lah Enjin Perut, Tax Minda & Cukai Kesabaran..anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2009..Ayuh berbanyak kan IBADAH & berAMAL Jariah pd Ramadan ini.selamat berpuasa .


nie msg dari mak aku.... agak unik bagi aku sbb aku kan kolot sket.. hehe....

apa2 pun.. aku ucapkan kepada semua.. selamat berpuasa.. tapi bagaimana kita nk menyambut puasa.. hanya lah dengan mengikut kehendak Ilahi.. itulah cara kita menyambut...





p/s : jgn la niat mcm aku punya tajuk posting

ARDF Malacca... 8/9/09

Salam semua... aku p maen ardf ie hari ahad lepas... bermula jam 8.30 pagi... oleh kerana aku ada motor saja.. aku p ngan moto saja berbekalkan 3 buah moto.. dengan sorang satu moto.. kami menghempas pulas utk sampai ke melaka sebelum 8.30 pagi... ... jam 5 pagi aku bertolak dari utm ke ayer keroh melaka... event kat melaka dikelola oleh 9m2wt... uncle bill...

event kali nie mmg paling susah pernah aku maen... susah sgt.... aku akan upload gambaq kat sana... aku p melaka ngan mohsin dan penyu serta sahabat aka tuuut penyu.......

bawah nie gambar geng organizer...


Bagaimana nk maen....???

benda nie senang saja... mcm nk mencari musang la.. nama permaina nie Fox hunting dan nama laen nya permainan mencari musang. tapi musang nie tak lari mana2.. dia dok tang tu ja... bawah nie lah map atau pun pelan pencarian kami.. tapi kat bawah nie dh ada jawapan... itu lah musang2 nya yg juga dikenali sbg beacon...


kat melaka nie ada 2 kategori.. Beginner dan Intermediate...
Utk beginner... satu team dua org.. bagi Intermediate.. satu team sorang je... Kt dalam map nie ditunjukkan ada 5 musang(beacon) dan satu homing... Utk beginner.. kami diarahkan utk mencari musang bernombor 1,3,5 dan homing.. manakala intermediate diarahkan utk mencari musang(beacon) bernombor 1,2,3,4 dan homing. setiap musang diletakkan ditempat yg tersembunyi tanpa sebarang direction...

Apa pula maksud homing... Homing nie musang(beacon) terakhir atau tapak penamat.. Uniknya di melaka nie.. starting point tmpt laen.. finish point tempat laen.. haha....bagi aku sedikit unik la sbb xpernah rasa mcm nie lagi... mungkin ada rakan2 laen yg dh biasa...

Gambor nie adalah musang(beacon) yg ke 3...... aku rase aku org terakhir yg jumpe...
nie adalah homing beacon.. dekat2 dengan finish point.

nie team dari MMU melaka - kalau tak silap la.. klo silap mohon dimaafkan..
Antenna dgn 6 element.. style dk.. depa nie buat sendiri... then ada attuenator... suatu benda mcm perosot signal frequency...
so, ini kami bertiga. sahabat penyu ditugaskan dgn tugas2 khas seperti mengambil gambar dan mengelap peluh penyu...
muhsin dan hery. 9w2hpo
ini lah frequency yg digunakan utk mencari musang(beacon)2 nie..
musang 1,2,3,4,5 adalah pada frequency 144.500Mhz
homing beacon pada frequency 144.800 Mhz...
maka nya aku serta mohsin dalm kategori beginner.. kene cari musang 1,3,5.. so.. kena lah cari musang2 tue sampai dapat.. pastu baru cari homing freq utk ke garisan penamat...

mcm mana nk cari ????
setiap transmission ada signal streangth.. ala mcm tepon kita ada.. ada signal bar kat tepon tue.. yg menunjukkan samada signal kuat atau lemah... so sama jugalah dlm permainan nie.. kita nk cari musang berdasarkan signal yg ditransmit oleh musang nie... so.. klo nk cari direction mestilah pakai antenna yagi utk dptkan direction musang tu samada sebelah kiri kita, kanan kita atau didepan kita.. maka bermulakan detik2 pencarian bersama partner aku...


gambor kat bawah nie.. alat nie harga nya hampir RM2000.... tapi mmg bagus sgt alat nie... sbb setiap signal yg masuk ke alat ini, dia bleh trace, musang tue no berapa... then ada signal indicator lagi.. samada signal jauh atau dekat.. klo signal kuat sgt. maka dh dekat.. so dia ada attuenator yg mana mengurangkan kekuatan signal dia agar mudah mendapat arah dia...
muhsin kepenatan melakan kerenah aku yg suka berlari pastu berenti.... haha

Pasai pa jadi mcm nie... !!!!

Salam,

Aku tengah konpius dalam hati dan jiwa aku... Otak aku bleh jadi undetermined disebab oleh masalah duniawi oleh makluk2 berdarah panas... Adakah aku sudah tersilap dunia atau apa masalah sebenarnya nie... kenapa makluk2 berdarah panas nie suka buat kerja gila tanpa memikirkan org laen... Hidup hanya utk diri sendiri tanpa pikir org laen... Makluk nie jugak suka buat janji palsu.. Org munafik nie... Makluk nie mmg org munafik.. Janjinya manis dan lazat... hingga ke hari ini manisnya terasa.. tapi mana janji makluk tue.. Janji hanya tinggal janji.... Pasai apa...

Makluk tu dh pandai berpikir.. sebelum nie makluk tue hanya tau menyalahkan org laen... tapi skang dh pandai pikie.. tapi blum cukup bijak then makluk tue jadi makluk munafik... Kenapa perlu memberi manisan jika tahu ada cuka didalam nya... inikan menipu namanya.. pls la makluk berdarah panas.... makluk ni jugak satu aliran dgn aku dan keluarga aku.. hentikan penyeksaan kamu wahai makhluk berdarah panas..

AKu juga berdarah panas, panas aku juga ada batas.. jgn sampai loceng terbang berbunyi.. nahas lah wahai makluk2 berdarah panas.. tapi aku kuasa aku.. Kuasa dan keizinan di tangan Allah SWT.. aku hanya mampu berusaha...

Allahuakbar...

Dugaan dari Mu ya Allah makin berat... dugaan dari Mu makin mencabar.. darah kami mengalir deras.. otak2 kami berligat berpikir penyelesaian.. Hidup menjadi gundah gulana tapi kami bersyukur Engkau tetap membantu dalam ujian Mu. Engkau duga kami, Engkau uji kami.. namun Engkau bantu kami...

Dengan dugaan dan ujian Engkau menaikkan darjat kami... memuliakan kami disisiMu tapi kami hina disisi makluk berdarah panas laen.. Ujian Mu amatlah berat... Engkau uji kami dari segi duit dan ekonomi, dari segi emosi dan perasaan... Kedua zahir dan batin Engkau uji... Alhamdulillah, Engkau bantu kami dalam ujian dan dugaan Mu.. Alhamdulillah...

ujian Mu membuka mata kami, memberi aku pengalaman dan ilmu yg tiada dalam buku.. Ilmu dari terus darimu Ya Allah....Alhamdulliah... Bila mana tiada manusia yg kami kenal yg ingin mambantu kami.. Engkau utuskan dari kalangan kami pemerhati alam fana... Engkau bantu kami dalam ujian... Engkau memberi kami permata, Engkau mengajar kami bagaimana menguruskan permata agar ia bermanfaat... Alhamdulillah....

saban hari kami diuji tanpa sedar namun keluh tetap berjujuran.. We learn someting... semua yg berlaku ada hikmah... Hikmah kepd kami amatlah jauh dan besar sekali.. Alhamdulillah...

Burungku Berkicau Disiang Hari

Salam,

Mari tgk burung yg suka berkicauan disiang hari tanpa menghiraukan org laen... Burung ini agak kurang ajar dgn sikap yg tak sopan dikhalayak ramai...

Aku pun tak tau apa nk ckp dgr burung nie.. burung jenis yg suka mengikut hawa nafsu.. ikot perangan binatang nie...

Klo nk tgk gak.. pastikan anda di kelajuan yg memberangsangkan agar nikmat menonton tidak terkapai2... hehe



p/s : xbaik gadoh....

Oh AloQ StaQ, Oh Bintang Oh Pokok !!!!


oh kampung halama aku.. kenapa kamu sentiasa dijadikan mainan politik.. adakah benar apa yg aku katakan padamu atau sememangnya kehendakmu wahai si bandar AloQ StaQ.

Kamu sudah tue wahai AloQ StaQ, mana mungkin kamu boleh mejadi muda dengan menukar namamu, tapi aku tahu, ia bukan salah mu,, ia adalah kerja pemuda pemerintah AloQ StaQ yang masih belum mengenalimu.. Sabar lah yer wahai AloQ StaQ.. kamu dah tua, kamu banyak pengalaman yang perlu orang laen pelajari..

Aku juga sebagai pemuda AloQ StaQ yang juga generasi baru sememang tidak tahu akan sejarahmu, tidak tahu akan pengalaman pahit manis mu... Maafkan kami...

Sejarah awal penubuhan AloQ StaQ.
Alor Setar mula dberi nama pada pemerintahan Raja Melayu-Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174.

Sudah lama AloQ StaQ ini.. Sudah tua kamu ini.. Masih banyak perkara yang berlaku tidak aku ketahui, namun aku pendekkan cerita..

"Alor" berasal dari muara sungai atau parit yg disebut alor.. Orang Kedah mmg panggil alor... contohnya alor mengkudu, mmg dekat dgn ghumah aku. hehe.. alor pongsu... dkt2 penang/perak. dan byk lagi alor.... mmg ada kaitan dengan muara sungai.. seperti juga parit2 di MUAR JOHOR.. hehe...

"Setar" adalah nama pokok setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang.

Perubahan Nama
Ejaan "Alor Setar" ditukar kepada "Alor Star" bagi menampak bahawa gahnya Alor Star. wah-wah.. kononya bagi menunjukkan bahawa Alor Setar telah dinaek taraf, tidak lagi bandar yang ketinggalan zaman. Ia ditukar bersempena dengan Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ia dilaksana dibawah pemeritahan Datuk Seri Syed Razak, Menteri Besar Kedah pada ketika itu..

Namun, ia tidak kekal lama. Ejaan asal dikembalikan oleh pemerintah laen. Tidak kisahlah mana2 parti pun. Jika punya alasan samada kukuh atau tidak, tetap akan ditukarkan jika punya kuasa. Tapi bagi aku, elok ditukarkan sbb, kita patut bangga dengan Bahasa Melayu, takkan melayu maju tanpa bahasa kebangsaan. Apa yang penting sangat dengan 'Star' tue.. Jika 'Setar' punyai sejarah yang tersendiri, kenapa perlu diubah sejarah tersebut.

Akhirya ejaan asal dipakai semula pada 14 Januari 2009 oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Bagi wajar ditukar semuala kepada asal, kalau tidak Datuk Seri Azizan akan dipersalahkan kerana menggunakan bahasa 'rojak'.. haha.. politik semuanya.. syabas buat MB Kedah atas kejayaan menukar semula ejaan. Ia mugkin menjadi isu samada tukar atau tidak.. jika tukar, inilah dia, dituduh meghabiskan duit rakyat melakukan perubahan terhadap papan tanda, tapi kalau xtukar,, hahaha.. salah guna bahasa kebangsaan sehingga merojak kan ia.. Kan rakyat malaysia tak suka sejarah.. Maka ramai tak tahu sejarah.. maka beliau tetap dipersalahkan.. Makin tabah lah ahli2 exco dan Datuk Seri sendiri..

Bubur Asyura 1430H - Pekida Malaysia

Salam semua, alhamdulillah syukur, masih lagi mampu menaip dan para pembaca sekalian masih boleh lagi membaca.. Syukur syukur...

Majlis KACAU BUBUR ASYURA yang berlangsung di perkarangan Stadium Alor Setar. Program yang dianjurkan oleh RANTING GARDEN dengan kerjasama PEKIDA ranting serta cawangan PEKIDA seluruh negeri KEDAH.

Matlamat Presiden RANTING GARDEN, adalah bagi merapatkan ukhwah antara cawangan serta ranting dengan meletakkan jumlah kawan sebanyak 100 buah kawah. Namun hanya 75 buah dari pelbagai cawangan/ranting dan organisasi yang mengambil bahagian. Program adalah pada hari AHAD di mana aku sampai ke KEDAH juga pada hari AHAD jam 6 pagi.. Jadi aku terpaksa bergegas ke stadium mewakili PERSATUAN MEDAN SELERA MERDEKA.

Yang belakang tue antara TOK-TOK AYAH cawangan.

Yang berbaju melayu HITAM dan bersongkok HITAM merupakan Pengerusi RANTING GARDEN ALOR SETAR, AZIZ BIN OMAR yang juga pengarah program ini. Ini adalah program kali kedua.. yang pertama pada tahun lepas, yang aku juga tidak ketinggalan. hehe.. program spupu aku, mesti join... Beliau mempunyai semangat yang luar biasa, iaitu semangat KEBAJIKAN.. bantu org neh mmg gheja dia tiap ari.. samalah mcm program nie... program kebajikan bermatlamatkan silaturahim... - aku ada nk komen sket neh.

Yang berbaju kelabu tanpa songkok itu adalah PENGERUSI PEKIDA MALAYSIA, HJ. JAMALUDIIN YUSOF - sempat jugak beliau datang memeriahkan acara BUBUR ASYURA.

Berikut antara gambar yg aku sempat snap.. penceramah bawah nie aku xdgr apa nama dia.. biasalah pekak badak sket..

bawah nie antara kawan PERSATUAN MEDAN SELERA MERDEKA.. walaupun ramai tak datang.. yang tengah kacau tue.. ABG ATAN-juga merupakan guru silat anak murid PAK NDAK MAJID perak.

Yang berbaju orange tue juga sepupu aku, kakak kepada Aziz Omar.

Antara kakitangan yg membantu memasak bubur Asyura.

Nie abah aku... bapak aku nie, pantang nampak kacang.. mesti dirasa samada ok atau tak...

Yang berbaju merah juga sepupu aku.. adik AZIZ OMAR.. gelaran dia COP TOMOI.

Bawah nie antara pic yg aku snap tapi tak kenal mereka.. hehe..

Bila lah Pekida cawangan bukit bintang nk datang.. hehe... sapa lagi klo bukan AWIE

p/s : komen aku. program nie sememangnya bagus utk ukhwah dan silaturahin antara ranting dan cawangan... tapi output/hasil daripada program nie tidak digunakan sebaik mungkin.. mungkin jugak sbb pengarah program keletihan. hehe.. maksud aku adalah merujuk kepada bubur asyura itu sendiri.. kali ini 75 buah kawah didalam program ini.. jika satu kawah peroleh 30 packet bubur asyura jumlahnya adalah- 2250, anggaran kasar.. jika diberi seorang satu masih ada lebihan lagi... dari hasil tatapan aku disekitar kawasan bungkusan.. rata2 mmg banyak tak habis diberi..inilah output yg sepatut nya dijaga dan di utamakan... jika setiap kawah mewajibkan 20 packet utk program output.. mmg byk tuh.. program output adalah seperti-pemberian bubur asyura kepada rumah2 anak yatim, rumah2 ora tua dan kurang upaya serta fakir miskin.. ini hanyalah cadangan aku.. daripada membazir tak tentu fasal baek digunakan sebaek mungkin. utk pengetahuan semua.. aku berjaya kumpul hampir 80 buah packet utk diagihkan di SEKOLAH AGAMA MATRI - Perlis yang rata-rata tak balik kampung.. hehe.. jahat dak aku... hehe... tapi sememangnya tak cukup pun.. budak2 tue bleh marasa jer lah...

Pulang ke kampung.....

salam,

Aku bercerita sket "last minute" punya gheja... haha.. bengong,, ini kes bukan besaq pun manyak kicik aja...

Bersempena raya Cina minggu lepas, UTM punya "mid-semester break" serentak la pulak. Jadi tiket mmg macam goreng pisang panas la. Lagi 2-3 minggu nak balik dh kena beli tiket. Jadi nasiblah klo terkena bas tambahan malah harga tiket mancanak tinggi memucak.. Info dari pelakon kita yg ingin pulang ke PENANG, harga melonjak sehingga RM160 sehala.. aku dengar pun jadi malas nk balik.

Dipendekkan cerita aku wat "tak pot" ja... esok nk balik ari ni baru beli tiket... realitinya, hari Jumaat aku g cari tiket.. sedihya.. sememangnya habis.. padan muka xbleh balik. Maka terpaksalah aku naek bas "lompat". Aku kena ke KL then ke KEDAH. Maka urusan tiket dapat diselesaikan.. semua tiket aku bertolak hari sabtu..

Tiket JB-KL bas KONSORTIUM RM 31.20 jam 4.30 ptg

Tiket KL-AS bas MARA LINER RM 39.00 jam 11.15 mlm

Alhamdulillah, aku bleh balik....Maka jumlah baru RM 70.20.. ok lah harga cam neh.. Di JB aku kena naek bas kat LARKIN SENTRAL, maka pertolongan sahabat diperlukan,,, "rumate" lama aku mengatakan yang dia ok ja- xdk hal.. huh... ops.. aku neak bas ke JB-KL bersama ACTION.. hehe.. perjalanan bas aku tak kan sunyi jika bersama ACTION.. Oh ACTION..

Kul 9 malam aku sampai KL.. sampai KL aku mohon pertolongan sahabat lagi.. CHE MIE.. sahabat senegeri ngan aku. hehe... tapi aku serba salah nk mohon pertolongan.. mana tak nya,,, dia tengah "dating" aku bleh p kacau daun plak... Aku mohon ampun banyak2 CHE MIE, aku mmg tak tau nk mintak tolong sapa dah;...

Buat CHE MIE, aku mohon beribu-ribu ampun atas gangguan sosial aku terhadap hub yang sedang kamu bina.. ampunkan hamba.. ampunkan aku.... Buat CHE ROS, aku minta ampun bangat... maaf ganggu kamu berdua.. laen kali aku nk buat lagi.. harap kamu tak marah ya..

Setelah makan minum aku dibelanja oleh DATO' MIE dan DATIN ROS.. perut aku terasa kenyang yg amat sgt.. bilakah masa masa bas aku nih.. aku nk tido neh... tup.. tup.. jam udah 11.15.. hah.. bas aku udah datang... masa utk naek bas..

haha.. setelah kaki dijejak.. baru ku sedar rupa bentuk bas aku.. sungguh menawan malah macam pernah lihat ja bas nie.. hehe.. aku naek bas tambahan rupanya.. tapi ok ja.. bas dia ok lagi.... aku nengok dia speed selamba ja... 5jam setengah ke AS. bleh tahan gak bas neh rembat...

Aku selamat sampai ke umah jam 6 pagi.... balik kmpg kali nie, ramai gak yg jadi mangsa aku.. kesian mereka2 nie, terpaksa tolong aku.. hehe.. apa2 pun.. aku ucapkan terima kasih kepada ADIB- yang telah sudi menghantar aku ke LARKIN... then kepada CHE MIE yang telah mengambil aku di PUDU dan menghantar aku ke HENTIAN DUTA. Terima kasih sahabat2 aku.. tidak aku tahu, bilakah masa utk aku membalas jasa baek korang.... THANKs

Sebab Lu Kaya !!!!

Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang ..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada RELA dan penyelamat datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi MAHA KAYA!!!!

LU PIKIR LA SENDIRI!!

p/s : saya agak tertarik dgn ayat dia.. Saya pun tak tahu dari mana mamat nie datang. tanpa soal bicara dia trus bermula.. Saya harap org diatas sana tidak begini.. apa2 pun.. yg baik kita jadikan pedoman. yang kotor kita asingkan.

Sampan dan Kenduri

Kenduri di rumah saudara aku di Alor star. Belakang kompleks Kancut Lebuhraya Darulaman - kepada yg tahu la eh.. klo yg tahu, dibelakang tue ada sungai, sungai kedah rasaya. Rumah kenduri ni pun mmg sebelah dgn sungai...

Dan ini yang aku cuba bangkitkan. Orang datang kenduri naek sampan... haha.. first time aku tgk. slalu aku tgk org naek tapi tak tahu kemana. tapi kali nie mereka anak beranak mmg datang ke kenduri.


aku ada tanya bapak aku mengenai sejarah negeri Kedah sedikit.. katanya, sungai ini suatu masa dulu mmg penting. tersangat penting. jadi apa yg aku belajar sejarah dulu tue bapak aku masih sempat merasa. sungai ini juga boleh sampai ke pekan cina, pekan melayu, masjid zahir.

tambah bapak aku lagi, dulu klo sembahyang Jumaat, berderetan sampan di masjid zahir, masjid tu mmg bersebelah dgn sungai ini. Dah sah jugak sungai pengangkutan terpenting ketika itu.

Bagi pekan cina dan pekan melayu, ada kawasan yg dipanggil Tanjung Chali. Juga bersebelahan dengan sungai ini. Dulu ia adalah pelabuhan yg sibuk. dan buktinya masih ada pejabat kastam kat c2. dulu aku tgk pejabat kastam tue, aku gelak sorang2.. hehe aku kata.. apa gila punya kerajaan buat pejabat kastam kat ctu.. hahaha.. rupanya peninggalan generasi lepas.. hehehe.. aku gak yg bengong.

Dulu setiap sampan ada no pendaftran. begitu juga basikal. bagi yang bayar hasil. kenderaan mereka ditahan dan balik kena jalan kaki.. hehe.. dulu hasil utk sampan RM 0.50 setahun.. hahaha.. time tue mmg byk tue duit sebegitu.. tapi kini apa ada.. haha...

klo tak dak 50sen tue dulu. skang xdak lah jugak rm50.. tul tak...

Kalimah Allah swt

Kalimah Allah swt pada kepingan daging


salam semua. lama aku xupdate blog nie. hujung bulan november lalu. antara kejadian yg aku sendiri saksikan. Bukan kejadian pun sebenarnya. Just bukti yg aku lihat dgn mata aku sendiri.

Kejadian ini berlaku di Alor Star Kedah. Dibawah ini tuan empunya daging. Lebih dikenali dgn panggilan KAK ANI. Dan berkerja sebagai pengusaha makanan di Medan Selera Merdeka. Dekat2 dgn kaw stadium.

Ceritanya bermula dgn pembelian daging tempatan oleh suaminya di Pasar Besar Alor Star. Daging yg dibeli dipilih pada bahagian kaki lembu. Sampai dirumah, KAK ANI membersihkan daging utk dimasak. setelah dipotong dan dimasukkan ke dalam kuali,
percikan cahaya muncul dari tengah kuali dimana daging tersebut berada. Selepas percikan cahaya tersebut, dgn jelas beliau dapat melihan kalimah ALLAH swt lalu mengangkatnya.





tambahnya lagi, daging tersebut akan dimasukkan ke dalam minyak agar ia tak rosak dan utk tatapan semua.


sekian..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed