Style dk tajuk aku... tlg la ckp style.. aku igt klo budak2 dulu.. nk posa ja.. huh.. best gila.. sbb bakal berhari raya.. dan duit pun bleh dpt byk... tapi skang laen... sampai tiada apa sehingga sebelum maghrib tadi... azan maghrib tdi ja aku baru start rasa mcm mendebar sket... tu pun sbb terima msg dari rakan2... dan sanak keluarga... byk jugak msg2 yg unik, pelik dan tersentuh dek hati.. hehe...
"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak"semuga kita tidak lupa Renew Lesen Mulut, Servis kan Hati, Kawal Kadar Pencemaran Mata & Telinga, Pelihara lah Enjin Perut, Tax Minda & Cukai Kesabaran..anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2009..Ayuh berbanyak kan IBADAH & berAMAL Jariah pd Ramadan ini.selamat berpuasa .
nie msg dari mak aku.... agak unik bagi aku sbb aku kan kolot sket.. hehe....
apa2 pun.. aku ucapkan kepada semua.. selamat berpuasa.. tapi bagaimana kita nk menyambut puasa.. hanya lah dengan mengikut kehendak Ilahi.. itulah cara kita menyambut...
Lama jugak tak update blog nie... biasalah, dok umah nie, bukan ada internet pun.. nk ber internet kena p cc la jawab nya.. nk p cc tue... mmg lmbt lah jawabnya.... haha... aku just nk kongsi hari pertama aku LI... haha.. Hari pertama aku LI di telekom malaysia alor setar... Banyak jugak aku tau benda yg aku tak tau..hehe...
Kat sini mmg ramai budak buat praktikal... ada hampir 20 org.... ada yg 7 minggu, ada yg 9 minggu , ada yg 3 bulan ada yg 6 bulan... masuk lebih kurang gak cuma keluar lain2....
hari first aku....
isnin 11/05/09
7.50 pg aku dh tergegat kt pak guard... haha.. tanya pak guard nk dftar mana, dia kata 8.30 baru bukk dik.. adus... xpa.. aku bleh tunggu.... maka 8.25 aku naek tinggak 4, bhgn HR... sedikit borang yg perlu diisi.. apa ntah borangnya..... time tue la kena kasi gambaq 2 keping, duit 23 hinggit.. duit aku plak kena pau.. haha...
9.30 pg.. aku disuruh pergi minum2 kat bawah dulu.. 10.30 mask balik... dh msuk tue... dok sembang2 sket2....depa kata p lepak surau... sampai kui 11.30... pastu depa suh balik kui 2 dtg semula... akan ada tak limat kui 2 ptg... aku kata okeh.. cantek...
2 ptg aku sampai.. sampai 2.45 aku tunggu, xdk taklimat apa2 pun.. aduh... 2.45 org org sampai.. dia kata bleh balik dh...
hehe.... sok dtg semula kui 8 pg..
aku kata ok bos...
cantek....
tapi lepas 2.45.. aku p lepak dlm pekan aloq setaq.. haha.... naek city plaza pakai pakaian formal.. p masuk pusat hiburan pakai pakaian formal.. style dak.. org pakai dok tengok ja.. depa takot kot pegawai penguasa.. haha....
oh kampung halama aku.. kenapa kamu sentiasa dijadikan mainan politik.. adakah benar apa yg aku katakan padamu atau sememangnya kehendakmu wahai si bandar AloQ StaQ.
Kamu sudah tue wahai AloQ StaQ, mana mungkin kamu boleh mejadi muda dengan menukar namamu, tapi aku tahu, ia bukan salah mu,, ia adalah kerja pemuda pemerintah AloQ StaQ yang masih belum mengenalimu.. Sabar lah yer wahai AloQ StaQ.. kamu dah tua, kamu banyak pengalaman yang perlu orang laen pelajari..
Aku juga sebagai pemuda AloQ StaQ yang juga generasi baru sememang tidak tahu akan sejarahmu, tidak tahu akan pengalaman pahit manis mu... Maafkan kami...
Sejarah awal penubuhan AloQ StaQ. Alor Setar mula dberi nama pada pemerintahan Raja Melayu-Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174.
Sudah lama AloQ StaQ ini.. Sudah tua kamu ini.. Masih banyak perkara yang berlaku tidak aku ketahui, namun aku pendekkan cerita..
"Alor" berasal dari muara sungai atau parit yg disebut alor.. Orang Kedah mmg panggil alor... contohnya alor mengkudu, mmg dekat dgn ghumah aku. hehe.. alor pongsu... dkt2 penang/perak. dan byk lagi alor.... mmg ada kaitan dengan muara sungai.. seperti juga parit2 di MUAR JOHOR.. hehe...
"Setar" adalah nama pokok setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang.
Perubahan Nama Ejaan "Alor Setar" ditukar kepada "Alor Star" bagi menampak bahawa gahnya Alor Star. wah-wah.. kononya bagi menunjukkan bahawa Alor Setar telah dinaek taraf, tidak lagi bandar yang ketinggalan zaman. Ia ditukar bersempena dengan Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ia dilaksana dibawah pemeritahan Datuk Seri Syed Razak, Menteri Besar Kedah pada ketika itu..
Namun, ia tidak kekal lama. Ejaan asal dikembalikan oleh pemerintah laen. Tidak kisahlah mana2 parti pun. Jika punya alasan samada kukuh atau tidak, tetap akan ditukarkan jika punya kuasa. Tapi bagi aku, elok ditukarkan sbb, kita patut bangga dengan Bahasa Melayu, takkan melayu maju tanpa bahasa kebangsaan. Apa yang penting sangat dengan 'Star' tue.. Jika 'Setar' punyai sejarah yang tersendiri, kenapa perlu diubah sejarah tersebut.
Akhirya ejaan asal dipakai semula pada 14 Januari 2009 oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Bagi wajar ditukar semuala kepada asal, kalau tidak Datuk Seri Azizan akan dipersalahkan kerana menggunakan bahasa 'rojak'.. haha.. politik semuanya.. syabas buat MB Kedah atas kejayaan menukar semula ejaan. Ia mugkin menjadi isu samada tukar atau tidak.. jika tukar, inilah dia, dituduh meghabiskan duit rakyat melakukan perubahan terhadap papan tanda, tapi kalau xtukar,, hahaha.. salah guna bahasa kebangsaan sehingga merojak kan ia.. Kan rakyat malaysia tak suka sejarah.. Maka ramai tak tahu sejarah.. maka beliau tetap dipersalahkan.. Makin tabah lah ahli2 exco dan Datuk Seri sendiri..
Pertengkaran antara Perdana Menteri Turki dan Perdana menteri israel... mungkin kita bleh lihat betapa bencinya terhadap israel.. Namun apa yang kita lihat sndiri dari youtube mahupun dikaca TV, israel sememangnya angkuh dan tetap mengatakan tindakan mereka adalah betul. Apa yang salah adalah benar bagi mereka asalkan menurut kehendak mereka..
Baru2 nie aku ada tgk TV3, dengan angkuh sial(israel) nie berkata bahawa mereka akan menggunakan segala kuasa yang ada bagi menentang sesiapa yg menentang negaranya... -walhal negaranya org, mengaku negara sendiri.. jadahnya.. inilah nama nya yahudi laknatullah..
Walaupun aku tak paham apa yg mereka cakapkan. tapi dari segi reaksi Perdana Menteri Turki yg bengang dan bagun meninggalkan forum merupakan tindakan yang berani, agar si sial tahu bahawa ramai yg menentang.
(Video) Gambar di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.
Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.
Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.
Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.
Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata, “You’re killing people!!”
Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.
Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza kelmarin (Jumaat) sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.
Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).
Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).
Salam semua, alhamdulillah syukur, masih lagi mampu menaip dan para pembaca sekalian masih boleh lagi membaca.. Syukur syukur...
Majlis KACAU BUBUR ASYURA yang berlangsung di perkarangan Stadium Alor Setar. Program yang dianjurkan oleh RANTING GARDEN dengan kerjasama PEKIDA ranting serta cawangan PEKIDA seluruh negeri KEDAH.
Matlamat Presiden RANTING GARDEN, adalah bagi merapatkan ukhwah antara cawangan serta ranting dengan meletakkan jumlah kawan sebanyak 100 buah kawah. Namun hanya 75 buah dari pelbagai cawangan/ranting dan organisasi yang mengambil bahagian. Program adalah pada hari AHAD di mana aku sampai ke KEDAH juga pada hari AHAD jam 6 pagi.. Jadi aku terpaksa bergegas ke stadium mewakili PERSATUAN MEDAN SELERA MERDEKA.
Yang belakang tue antara TOK-TOK AYAH cawangan.
Yang berbaju melayu HITAM dan bersongkok HITAM merupakan Pengerusi RANTING GARDEN ALOR SETAR, AZIZ BIN OMAR yang juga pengarah program ini. Ini adalah program kali kedua.. yang pertama pada tahun lepas, yang aku juga tidak ketinggalan. hehe.. program spupu aku, mesti join... Beliau mempunyai semangat yang luar biasa, iaitu semangat KEBAJIKAN.. bantu org neh mmg gheja dia tiap ari.. samalah mcm program nie... program kebajikan bermatlamatkan silaturahim... - aku ada nk komen sket neh.
Yang berbaju kelabu tanpa songkok itu adalah PENGERUSI PEKIDA MALAYSIA, HJ. JAMALUDIIN YUSOF - sempat jugak beliau datang memeriahkan acara BUBUR ASYURA.
Berikut antara gambar yg aku sempat snap.. penceramah bawah nie aku xdgr apa nama dia.. biasalah pekak badak sket..
bawah nie antara kawan PERSATUAN MEDAN SELERA MERDEKA.. walaupun ramai tak datang.. yang tengah kacau tue.. ABG ATAN-juga merupakan guru silat anak murid PAK NDAK MAJID perak.
Yang berbaju orange tue juga sepupu aku, kakak kepada Aziz Omar.
Antara kakitangan yg membantu memasak bubur Asyura.
Nie abah aku... bapak aku nie, pantang nampak kacang.. mesti dirasa samada ok atau tak...
Yang berbaju merah juga sepupu aku.. adik AZIZ OMAR.. gelaran dia COP TOMOI.
Bawah nie antara pic yg aku snap tapi tak kenal mereka.. hehe..
Bila lah Pekida cawangan bukit bintang nk datang.. hehe... sapa lagi klo bukan AWIE
p/s : komen aku. program nie sememangnya bagus utk ukhwah dan silaturahin antara ranting dan cawangan... tapi output/hasil daripada program nie tidak digunakan sebaik mungkin.. mungkin jugak sbb pengarah program keletihan. hehe.. maksud aku adalah merujuk kepada bubur asyura itu sendiri.. kali ini 75 buah kawah didalam program ini.. jika satu kawah peroleh 30 packet bubur asyura jumlahnya adalah- 2250, anggaran kasar.. jika diberi seorang satu masih ada lebihan lagi... dari hasil tatapan aku disekitar kawasan bungkusan.. rata2 mmg banyak tak habis diberi..inilah output yg sepatut nya dijaga dan di utamakan... jika setiap kawah mewajibkan 20 packet utk program output.. mmg byk tuh.. program output adalah seperti-pemberian bubur asyura kepada rumah2 anak yatim, rumah2 ora tua dan kurang upaya serta fakir miskin.. ini hanyalah cadangan aku.. daripada membazir tak tentu fasal baek digunakan sebaek mungkin. utk pengetahuan semua.. aku berjaya kumpul hampir 80 buah packet utk diagihkan di SEKOLAH AGAMA MATRI - Perlis yang rata-rata tak balik kampung.. hehe.. jahat dak aku... hehe... tapi sememangnya tak cukup pun.. budak2 tue bleh marasa jer lah...
Isnin ,12/01/2009 - Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.
Bahkan untuk melampiaskan nafsu membunuhnya, Israel menggunakan senjata yang dilarang oleh kesepakatan antarabangsa terhadap rakyat awam. Namun serangan roket pejuang Palestin ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka sudah menggunakan roket baru yang belum digunakan sebelum ini. Jangkauan roket tersebut mampu menembus wilayah strategik yang selama ini tidak dijangka oleh Israel. Seperti pangkalan militan udara dan darat Israel.
Ini bererti, perluasan serangan roket pejuang Palestin ini akan menjadikan 1 juta warga Israel hidup dalam “neraka” bahana roket pejuang Palestin. Wilayah itu adalah Ovekum di bahagian selatan, Asdod ke utara, dimana wilayah tersebut menjadi pelindung pelabuhan strategi di laut Palestin jajahan Israel tahun 1948. Sementara Asqala dan Sidreut sudah lama dihujani roket pejuang Palestin.
p/s : tindakkan balas meyerang israel. Kita sewajarnya tidak patut tunduk dgn Israel.. Kita mesti bangun dan menyerang balas akibat tindakan mereka sewenangnya membunuh orang awam. Dan dengan artikel dari http://palestinkini.info ini memberi harapan dan semangat baru agar rakyat Palestin terbela.. Saya sebagai rakyat Malaysia yg lemah ini hanya mampu berdoa agar setiap orang Islam terbela dan diberikan semangat kental manghadapi pelbagai musibah. Hari makin hari, kematian hampir mencecah 900 orang.. 900 mayat yg terkira bagaimana yg tidak tercari atau yg hancur.. Adakah jumlah nya mececah 1000 orang...
Antara website yg mengeluarkan berita2 terkini mengenai Palestin.. Sekurang2nya kita tahu apa yg berlaku kepada saudara2 kita... Nama sahaja saudara kita tapi kita tak mmpu lakukan apa2... http://palestinkini.info/
Moga kita sentiasa berdoa agar dibebaskan segera saudara kita dalam kesengsaraan... Doa adalah senjata utama kita selain peluru berpandu.
UCAPAN PALESTIN KPD KITE: "Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya"
Tahun baru maal Hijrah. Dan tahun baru 2009..
Ucapan yg aku dapat dr blog http://hahnif.blogspot.com/
Adakah kita cuba membela partner kita. Partner kita dunia akhirat yg mana seagama dengan kita. Aku sendiri sedih dengan diri sendiri. Tiada apa yg mampu aku lakukan.. Adakah aku kekurangan ilmu, atau aku penakut, atau aku sememangnya tak nak ambil tahu. Kita wajib ambil tahu apa yg terjadi dengan partner kita. Kita wajib ambil tahu sejarah lepas dan apa kemungkinan yg mungkin berlaku lagi.. Jika kita dikurniakan ilmu, dipinjamkan ilmu, dipinjamkan otak bijak dan genius.. mampukan kita menghalang usaha zionis...
Apa yg wajib kita bantu sememangnya punyai pelbagai cara, pelbagai kaedah, pelbagai usaha dan pelbagai perancangan boleh dilaksanakn. Apa yang penting untuk melaksana sesuatu perancangan adalah kerjasa.. KERJASAMA- kunci segala perancangan... Dalam hal ini kita punyai satu cara iaitu. halang aliran tunai kepada Zionis.. Tapi bagaimana kita yg kerdil nk halang aliran wang negara berpengaruh.... Yahudi ini byk pengaruhnya, banyak usahanya, banyak wang nya, banyak modal nya. banyak bisnesnya..
Antara banyak2 yang ada kita mampu gugupkan bisnesnya.. bisnes yg mereka ada, bisnes yang mereka bawa, bisnes yg mereka agungkan. kita mampu gugat.. Kita mampu gayatkan mereka seakan2 jatuh dari tempat yang tinggi. Kita mampu patahkan salah satu aliran tunai mereka.. Kita boikot bisnes mereka.. Kita boikot apa jua bisnes mereka. Kita boikot apa jua barangan mereka.. walaupun ia adalah keperluan, kita masih ada alternative. Jika kita berkata TAK APA, ORANG LAIN ADA.
Maka, hilanglah semangat kerjasama, lunturlah semangat bersatu padu.. bangunlah kita semua... BOIKOT barangan zionis.. tidak kira apa product mereka. tidak kira berapa syer mereka. Tidak kira berapa untung mereka.. KITA TETAP BOIKOT...
KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian police has bought 25 high-powered Mitsubishi Lancer Evolution cars to catch criminals and speed hogs.
The cars, worth several millions of ringgit, would be fitted with safety gadgets and would sport the looks of police patrol cars.
Sources said the police had already taken possession and were testing the cars before sending them to the Road Transport Department for registration and approval.
“The cars are to be used in high-speed car chase, especially in cases of carjacking, kidnapping and hijacking.
“The speed of the cars would enable the police to catch up with criminals who often used modified turbo charged cars to escape,” they said.
Several police personnel have been sent to undergo intensive driving classes to ensure they are able to handle the super charged cars, they added.
The cars, they said, would also be used by the highway patrol unit to monitor speed hogs or illegal racers.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan confirmed the purchase but declined to elaborate.
Pergh.. ngeri aahh cam nie.. kayo jugak rakyat malaysia neh. so. apa yg kita harapkan moga jenayah akan berkurangan. Jika dahulu kita sebagai rakyat Malaysia agak patriotic dengan menggunakan kereta nasional. Tetapi sekarang apa jadi.. Jika tujuannya adalah utk membanteras Jenayah.. yeh.. teruskan usahamu..
Nampaknya hal ehwal kereta nasional nie bermula dgn kes MB terengganu tukar kereta exco2 nya dan diikuti MB Perak...
Apa dah jadi neh..
But for me, just be positive. They bought for their mission to save us 'rakyat Malaysia'.
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.
Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.
Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah. Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden. “Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks. “Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.
Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media. Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.
Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.
Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah. “Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.
Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus). Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.
“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.
Manakala Pengalaman Wanita JIM sendiri melalui Rumah Perlindungan dan Bimbingan Raudhatus Sakinah yang diketuai oleh Puan Rosmawati Zainal selaku Pengarah RS.
Sepanjang pengoperasian RS sejak tahun 1998 hingga tahun 2006, data menunjukkan ;
Daripada Jumlah keseluruhan Pelatih = 230 orang 18 tahun keatas = 156 orang Bawah 18 tahun = 74 orang IPT = 29 orangLiar = 45 orang Seks Bebas = 72 orang Rogol = 10 orang Hamil = 173 orang
Kajian ini bukanlah kajian pertama yang dilakukan oleh ahli akademik. Antara kajian yang pernah dilakukan sebelum ini oleh Puan Mazlin Mohamad Mokthar, Pensyarah daripada UiTM bertajuk “Sex On Campus” yang disiarkan oleh NST pada 18 Ogos 2006, turut menggemparkan ramai pihak.
Sehubungan dengan itu, BAGAIMANAKAH kita sebagai masyarakat PRIHATIN dapat membantu menyelesaikan masalah ini.
Isu dan berita sering membincangkan mengenai pengganguran di kalangan siswazah. Isunya ialah adakah pengganguran itu disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk memasuki pasaran kerja atau mereka terlalu memilih perkerjaan yang sesuai dengan citarasa mereka?
Daripada 60,000 graduan yang dikaji oleh MTEN, 42 peratus daripadanya masih lagi menggangur. Untuk menanganinya, kerajaan telah memperuntukan ratusan juta ringgit untuk memberikan mereka kemahiran tertentu untuk memudahkan lagi proses mereka memasuki pasaran kerja. " Antara usaha kerajaan ialah melaksanakan program “Prosper Siswazah” untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan yang sebagai permulaan, seramai 200 graduan akan dibantu memulakan perniagaan mulai tahun depan dengan penbiayaan RM50 ribu bagi setiap usahawan. Bajet 2006 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyenaraikan bahawa Skim Usahawan Muda akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam bidang ICT, pelancongan, produk halal serta pemprosesan dan pembungkusan makanan.
Pusat Kemahiran Negeri juga turut menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian melibatkan peruntukan RM100 juta untuk melatih 4,800 pelatih dan juga menggalakkan syarikat swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada siswazah menggangur dan syarikat tersenarai yang membayar elaun kepada peserta di bawah program Latihan Graduan Menganggur diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh tiga tahun. Sekurang-kurangnya 1,000 siswazah menggangur dilatih oleh syarikat tersenarai dalam kumpulan Permodalan Nasional Bhd(PNB) dan Khazanah Nasional.
Namun begitu graduan sendiri alpa dalam mengenalpasti menjadi punca mengapa mereka sukar mendapatkan pekerjaan dan diantaranya ialah, ketiadaan ‘soft-skill’ seperti kemahiran komunikasi dan keyakinan menjawab soalan ketika ditemuduga, kurang daya ketrampilan dan lemah penguasaan bahasa Inggeris.
Kealpaan ni membuatkan mereka tidak memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya halangan dapat diatasi semasa proses temuduga.
Berkaitan isu pengganguran juga pihak Institusi Pengajian Tinggi seharusnya berusaha membina kurikulum akademik dan kurikulum bukan akademik yang boleh melahirkan graduan yang yang berpersonaliti unggul dan menjadi pemangkin dalam pembentukan masyarakat ke arah lebih progresif dan dinamik untuk siswazah atau peserta akan diserapkan memasuki mana-mana syarikat swasta yang terpilih untuk menjalani latihan kerja terutama dalam jurusan teknologi maklumat. Pihak IPTA/IPTS harus sedau bahawa golongan siswazah pada hari ini bukan sahaja harus memiliki kelayakan akademik tetapi turut sama dilengkapi dengan kemahiran kerja yang diperlukan oleh pasaran kerja.
Agak lama aku tak posting. sbb sebenar adalah internet slow, tapi sbb yg paling sebenar adalah MALAS. inilah punca kepada masalah sebenar diri aku dan org yg seangkatan dgn aku.. tp mmber2 aku semua rajin2.. hahaha..
ari nie dh 15 september, bersamaan, 15 ramadhan.. apa yg aku dh buat.. nothing... nothing... but still trying.. test makin dekat. test yg paling kencang bg aku.. test yg berderet2... wawawa... kenapa aku malas study... bila buka jer rasa malas.. langsung xder mood... jawapannya cukup mudah.. tutup ja buku.. tapi bila test esok nya.. fuh.. mmg laju je study. why? why? why?
bak kata rumate aku.. "PAKSA DIRI STUDY" rumata aku kata begitu bersebb, kita dilahirkan diduniaini bukannya sememangnya pandai.. kita yg kena memandaikan diri study.. katanya lagi, nk pandai kita kena paksa diri tuk study.. kini aku punya masa nk study, tapi terjebak ke alam cyber nie kejap.. kejap2 aku kat 2-3 jam gak la... mcm mana nk maju.. harap perut ja maju ke depan....
antara hari yg agak bersejarah, seorang yg dibuang punyai semangat uh kental hingga hampir setaraf dgn lawannya... dlm parlimen pun duduk berhadapan dgn musuh politik... bagi aku DSAI mmg kental, semangat yg tinggi.... we are waiting any hyper improvement in our local politic... wa caya sama lu how smart is him...
MLM/ Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat. (ada seorang kawan meminta pendapat saya, pagi ini)
1- MLM adalah never ending story kerana dari tahun ke tahun akan ada generasi baru yg terpegun dgn beberapa kejayaan yg diperoleh oleh beberapa ketul penggiat MLM. Penggiat MLM akan bercerita pendapatan ribu ribu si A, Si B dapat kereta mercedes, Cikgu C dah ratus ribu pendapatan bulanannya.
2- Kalau anda masih muda, ada baiknya anda membaca hingga habis. Kalau anda dah matang mungkin anda tidak mahu sebab anda antara orang dah terkena. Anda mungkin dah serik. Atau anda mungkin dah boring hal MLM seperti saya.
3- Apabila zaman berubah, maka cara kerja pun berubah. Kalau dulu MLM ini dimulakan dgn menjadi ahli dan kemudiaanya bekerja lah sape yg minat pada waktu malam. Kenapa waktu malam, kerana MLM adalah satu pekerjaan dimana anda akan dapati orang pakai talileher pada waktu malam. Kalau jumpa orang pakai tali leher waktu malam, 90% dia aktif dlm mlm atau dalm entertainment industri. Kita aktif dlm mlm pada waktu malam, sebab waktu siang kita ada di pejabat, buat keje sikit sikit, sikit sikit fikir pasal mlm.
4- Kalau dulu mungkin dimulakan dengan RM 80. lepas tu, beli produk, cari orang, bawa pegi gathering, cari dan terus mencari.
5- Zaman ni, ianya dah berubah, masih cari orang, bawa pegi gathering tapi nak masuk bukan lagi RM80 tetapi RM80 + ribu ribu (RM3000?). Maka diceritakan lah oleh mereka bahawa org ni dah dapat income 5 angka, orang tu dah dapat 4 angka. Yang terlupa diceritakan ialah wak ahmad dah keluar 3ribu, kemudian tak dapat cari orang, wang nya hilang begitu saja. dan ramai yg macam wak ahmad.
6- MLM zaman ini masih lagi ada produk yang dijual. Tetapi produk itu sebenarnya hanya menjadi hiasan. Yang mereka mahu ialah mencari orang yg sanggup jadi ahli,, yang yakin akan sistem itu dan yang sanggup keluar ribu ribu semasa mendaftar.
7- Tidak adakah yang berjaya. Tentu ada. Ramai yang saya kenal. Antaranya dari seorang yg susah nak ada duit, sekarang dah pakai kereta mewah, nak beli rumah mewah etc. Tapi 10 orang berjaya, mungkin ada 100 orang yg hilang ribu ribu.
8- Bolehkah anda menjadi kaya dengan MLM. Jawapan saya ialah boleh. Untuk saya, bagi kita orang biasa ini, ada tiga bentuk perniagaan networking dan membina kumpulan, yg membolehkan kita kaya. Satu Insuran/takaful, kedua Amanah Saham Ketiga MLM. Jika anda boleh cari orang, bangunkan group, bina agency, ramai downline yg berjaya then anda akan berjaya.
9- Tapi untuk itu, anda masih perlu kenal sape diri anda?
10- Anda ready kerja kuat? Welll... yang ni tak ada kejayaan tanpa kerja kuat.
Melainkan anda jadi menantu PM. Itu pun anda kena kerja kuat coz anda hanya mudah dapat peluang, dah dapat peluang kena jugak kerja kuat. Tapi kalau anda menantu PM jenis ambil percentage sana kemari...ahh then kurang sikit kerja kuat coz anda hanya perlu dapatkan projek then dapat cut dari situ.
11- Anda suka jumpa orang, call orang, pujuk orang datang mtg.gathering, lepas tu closed deal dgn org itu keluar duit. Kalau anda juga pandai jual jual, then ok juga. SOOO kalau anda boleh dan mahu semua itu, anda sudah ada pembuka jalan utk berjaya.
12- Cuma anda kena tahan hati, iaitu didalam kejayaan anda utk dapat naik income 5 angka, akan ramai yg hilang ribu ribu didalam perjalanan itu kerana anda.
13- Untuk anda yang tidak ada skill skill yg diatas, saya cadangkan simpanlah ribu ribu tu di amanah saham. Paling tidak anda dapat 7-10% setahun, kalau pun tak 15%. Sikit sikit lama lama jadi bukit, itu kalau anda tak tarah busut yg baru nak naik bukit..Taapi kalau nak gak jadi jutawan, kena overcome lah kekurangan tadi, tapi nasihat saya buat lah takaful atau amanah saham..win win..anda menang, client anda tak hilang duit (risiko masih ada).
SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau `tarik nyawa' yang tersebar luas di negara ini sekarang.
Beliau berkata, walaupun perbuatan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara, panggilan maut seperti didakwa itu agak sukar diterima akal.
Katanya, kepercayaan yang terlalu mendalam terhadap sihir menyebabkan ada anggota masyarakat terutama beragama Islam berada dalam ketakutan kerana bimbang terkena ilmu hitam itu.
"Ketakutan itu menyebabkan berlakunya tokok tambah sehingga mengganggu emosi dan pekerjaan harian," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berkata, penyebaran SMS itu perlu dihentikan segera kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha umat Islam mencapai kemajuan setanding masyarakat dunia lain.
Beliau mengulas pengiriman SMS peringatan yang dikatakan disebarkan pihak tertentu untuk mengingatkan orang ramai mengenai deringan santau atau panggilan syaitan yang kononnya akan mencabut nyawa penerima panggilan berkenaan.
Selain di negeri ini, SMS berkenaan dikatakan sedang berlegar di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur dan Melaka sehingga menyebabkan orang ramai mula risau dan tertanya-tanya sama ada aktiviti santau menggunakan kaedah baru itu benar-benar wujud.
Menerusi SMS berantai itu, orang ramai diingatkan tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik yang kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.
SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu mendakwa panggilan misteri itu mengandungi unsur sihir yang dikatakan sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam di Indonesia.
"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)