Pages

Like Us Facebook

Mas dan SUltan Pahang

Baru sahaja sikap derhaka Perdana Menteri, bekas Menteri Besar Terengganu dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemangku Sultan Terengganu reda. Satu lagi insiden biadap dan menghina terhadap Raja-Raja Melayu oleh Malaysian Airlines kini menjadi buah mulut ramai.

Pada Mac 16hb, 2008, dalam seminggu selepas Pilihanraya Umum, DYMM Sultan Pahang sepatutnya berangkat ke London di dalam pesawat MAS. Tuanku Sultan Pahang merupakan satu-satunya Sultan yang menyokong MAS dan hanya menaiki perkhidmatan penerbangan MAS.

Mengikut lazimnya, Baginda akan menaiki bahagian Kelas Pertama dan ahli-ahli rombongannya akan berada di bahagian lain. Pada malam itu, seebaik saja Baginda Sultan menaiki pesawat dan selesa duduk, Baginda menyampaikan hajat kepada Kapten dan International Flight Steward (IFS) untuk berjumpa dengan doktor peribadinya yang berada di bahagian lain kapalterbang.

Permintaan Baginda ditolak. Setelah dipinta lagi, kedua-dua Kapten dan Steward bukan Melayu masih berkeras enggan membenarkan. Mengikut sumber dalaman MAS, baginda yang terkejut dengan keengganan mereka telah mengadu kepada ahli rombongan yang berdekatan. Seorang Ketua Polis telah masuk ke pesawat dan memujuk Kapten dan Steward tersebut. Mereka tetap berdegil tidak membenarkan doktor peribadi ke hadapan bertemu Tuanku.

Baginda Tuanku yang berasa kecil hati dengan sikap pegawai-pegawai tersebut mengambil keputusan untuk tidak menaiki pesawat MAS. Baginda dan rombongannya terpaksa menaiki pesawat yang diberi oleh Air Asia untuk ke Singapura dan menaiki Singapore Airline untuk ke destinasi London.

Gambar Baginda Sultan di satu Majlis

Peristiwa ini menunjukkan betapa teruk menurun sekali kualiti perkhidmatan MAS di bawah pentadbiran Dato Idris Jala. Suatu masa dahulu, MAS terkenal dengan mutu perkhidmatan dan kecekapan anak-anak kapal dalam melayani pelanggan.

Sekiranya begini layanan dan penghargaan yang diberikan kepada Sultan Pahang, bayangkan layanan MAS kepada rakyat marhaen yang menggunakan perkhidmatan MAS. Padahal pegawai-pegawai tinggi MAS, termasuk Idris Jala sendiri, diberi penghormatan anugerah dan pangkat oleh DYMM Sultan Pahang.

Dato Idris Jala telah diberi penuh kepercayaan oleh PM Dato Seri Abdullah Badawi untuk memulihkan MAS. Mengapakah boleh berlaku insiden sedemikian?

Di bawah pentadbiran Dato Idris Jala, suatu polisi diskrimanasi yang tersirat telah dibudayakan terhadap pekerja-pekerja dan pengurus-pengurus Melayu. Ia sering berlaku melibatkan pengurus-pengurus atasan bukan Melayu yang dibawa masuk terhadap pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja lama Melayu.

Padahal suatu masa dahulu budaya kerja di MAS begitu muhibbah dan bebas dari diskriminasi perkauman. Walaupun peratusan orang Melayu agak tinggi, semua kaum mendapat peluang yang sama untuk naik pangkat. Diskriminasi kini sudah begitu terang-terang berlaku hingga pekerja-pekerja lama MAS dari kaum bukan Melayu tidak selesa dan tidak setujui dengan amalan diskriminasi sedemikian.

Sebagai petunjuk (indicator), pasukan baikpulih (turnaround team) Idris Jala yang seramai lebih kurang 10 orang adalah terdiri dari pengurus-pengurus dari luar, baru dalam industri penerbangan, dan bukan Melayu, melainkan hanya seorang pengurus Melayu dan staf lama MAS. Majoriti pengurus luar dan pengurus atasan yang dibawa Idris Jala adalah dari kaum bukan Melayu. Bukankah ini pelik memandangkan orang Melayu jauh lebih ramai dan lama terlibat di dalam Industeri Aeroangkasa tempatan?

Adakah sikap diskriminasi telah dibisik-bisikkan dan menjadi-jadi hingga terbawa-bawa kepada pelanggan Melayu dan Raja-Raja Melayu pun tidak dihormati?

Mungkinkah pula sikap pucuk kepemimpinan UMNO yang sudah tidak menghormati hingga derhaka kepada Raja-Raja Melayu dari akhir tahun lepas hingga selepas Pilihanraya Umum telah menular ke rakyat biasa?


Dalam bahasa pasar, adakah sejak Tun Musa Hitam mengumumkan DEB tidak perlu diamalkan di WPI, rakyat bukan Melayu sudah "besar kepala" untuk berbalas dendam? Bukankah DEB itu untuk menyatukan rakyat melalui program ekonomi, pendidikkan, sosial, dan bahasa?

Hanya boleh difikirkan adalah ikan mula busuk dari kepala.

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed