Pages

Like Us Facebook

Majlis Perasmian Penubuhan ADEC BSMM CNJ

Forward from Astra-Selatan :

Dengan segala hormatnya, semua warga ham adalah dipersilakan untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Penubuhan;

PASUKAN RADIO AMATUR BENCANA DAN KOMUNIKASI KECEMASAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR (ADEC BSMM CNJ)

Ianya akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday (Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor) pada;-

Tarikh : 03 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 0900hrs - 1600hrs
Tempat : Ibu Pejabat BSMM Cawangan Negeri Johor
No 30, Jalan Bacang, Tampoi (Sebelah Balai Polis Tampoi) Johor Bahru.
Log/Lat : N 1.29.37.43 E 103.42.10.32

ATURCARA PROGRAM

0900hrs - Pendaftaran Keahlian/kehadiran
0945hrs - Ketibaan YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday
Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Johor
1000hrs - Bacaan Doa
1015hrs - Ucapan Aluan oleh Encik Tahir bin Ahmad, Pengarah BSMM Cawangan Negeri Johor
1030hrs - Ucapan oleh Ketua ADEC Negeri Johor
10:45hrs - Ucapan Perasmian Sempena Penubuhan
Pasukan Radio Amatur Bencana dan Komunikasi Kecemasan
BSMM Cawangan Negeri Johor oleh;
YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday
Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Johor
1115hrs - Penyampaian Kad Keahlian Pasukan
1200hrs - Sidang Akhbar/Jamuan

1400hrs - Majlis Taklimat "PERANAN AHLI PASUKAN RADIO AMATUR DALAM MENGHADAPI BENCANA/KOMUNIKASI KECEMASAN" oleh
Pengarah SKMM Cawangan Negeri Johor
1500hrs - Taklimat "PERANAN BSMM DALAM BANTUAN BENCANA" oleh
Pengarah JKM Negeri Johor
1600hrs - Pameran Gerai Radio Amatur & Bersurai

Semua dijemput hadir dan marilah bersama menjayakannya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
9W2ZXZ@gmail.com atau astraselatan@gmail.com
En Kaman Othman 012-7395925
Encik Azam (9W2ZXZ) 019-7666676
dan wakil-wakil Astra Johor di seluruh daerah negeri Johor.

Bila dh kene baru tau

Bila dh terluka, baru rasa nk melenting. Bila tgk org kena, byk pulak songeng nya... Ha.. kini sudah terpaku didahi.. tiada guna berpatah hati.. tiada ubat buat si sakit hati.. Bila suatu slalu ikot kata org, jadilah boneka mereka... sedih lah boneka tanpa reaksi.... Boneka xboleh melenting.. Boneka tiada perasaan, tapi klo ada perasaan jugak.. tiada ubat buat boneka. Moga boneka boleh belajar dari kesilapan dan apa yg boneka rasai sebenarnya adalah suatu ilmu utk dipelajari... Semoga boneka mampu menahan diri dari perasaan marah. Marah hanyalah dari jolokan api syaitan.. Api yg hanya kecil, bergabung dgn sifat nafsu amarah boneka. mampu meledakkan suasana dan hubungan sedia ada..

Hub antara manusia tidak dapat diampuni melalui permohonan ampun kpd ALLAH SWT, hanya kpd insan terbabit dosa kita diampunkan.. Awasilah kata2 kita agar hidup diberkati...

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang melukai hati kita.....tetapi..hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan mengubat hati yang telah terluka.. janganlah engkau membenci kehidupan yang amat pahit bagi dirimu, tetapi yakinlah, bahawa itu adalah takdir yang engkau miliki....

. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu kita angan-angankan....."

Active Attenuator

Sudah mula semester baru neh... otak sudah lama ligat berfikir, tp blum come out dgn apa2 result.. Macam mana neh.... So.. kita wat progress sket.... Sebelum nk fabricate litar attenuator nie, ingin aku ceritakan apa benda neh... Bahasa Inggerisnyer Attenuator dimana bahasa melayu nya pula dikenali sbg perosot. Maka sebarang signal yg masuk boleh dilaraskan mengikut kemahuan masing2. Jadinya... sebarang signal yg masuk boleh dirosotkan agar signal tidak terlalu kuat.. Ada sbb utk nk lemahkan signal. Slalunya kita nk booster kan signal utk dapatkan reception yg terbaek.. Tapi ini terbalik... Laen sedikit... kerana ada sbb tersendiri.

Sebelum tuh... litar ini dipanggil active attenuator kerana menggunakan sumber tambahan. Ade jugak passive attenuator yg mana tidak menggunakan sumber(bateri) tambahan. So sebelum kita fabricate ke board. Aku simulate dulu menggunakan Proteus 7. Simulate dulu utk memastikan litar ini benar2 berfungsi seperti yg kita mahukan.





So, bawah nie result dari simulation bila nilai perintang boleh laras direndah kan ke 10ohm

So, bawah nie bila perintang boleh laras tuh dinaikkan


Maknanya, litar ni benar2 jadi dan hanya perlu fab atas board jer lah..
litar nie diberi oleh Pak Den Atan dari Muar Johor, 9M2DA.
dan litar asal diperoleh dari http://www.hamradioindia.org/
Penerangan mendalam boleh layari website tu.
Disimulate oleh Habibi Sakir, 9W2XXS - x-ray romeo aku..
aku tukang place component jer.. hehe
73,88

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

Semester Baru

Assalamualaikum w.b.t, buat rakan2 pengajian serta rakan2 ham. Dah lama rasanya tidak aku menulis diblog. Sudah agak bersawang. Semester baru bermula Isnin ini, 14/12/09. Ini merupakan semester akhir utk pengajian aku Insyaallah.

Bersempena dengan semester baru, tahun baru masihi, tahun baru hijrah. Apa yg telah kita lakukan setahun yg lalu. ops. lagi beberapa hari rasanya... Apa telah kita lakukan. Sudah berapa byk amal telah kita lakukan. Jika kita mati esok, adakah amal kita mencukupi utk menyelamatkan kita.....

Setiap hari kita bernafas, mencari rezeki bagi yg bekerja, menimba ilmu bg penuntut seperti kita.. mencari nfkah bagi yg beristeri... Bermacam kita lakukan. bermula dari keperluan sehinggalah ke tanggungjawab malah melampui batasan.. Keperluan, sesuatu yg mesti kita perlukan seperti makan dan minum.. cukup sekadar perlu... namun tanggungjawab mengheret kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kepada yg memerlukan... namun bila rezeki mlimpah ruah, kita mula lupa.. kita mula melampaui batas2 yg telah ditetapkan..

Apakah yg telah kita lakukan selama ini.. Apa yg kita cari.. Apa yg telah kita ada. Apa yg telah kita perolehi. Apa yg telah kita abaikan.... Renunglah kembali kisah silam kita, mungkin masih ada jalan utk memperbaikinya.. kita semua manusia sama shj.. xrenggang dari kesilapan... maafkan aku jika tersalah kata dan bicara..

Pagi2 begini, terasa agak sayu dan sedih.. namun bintang di langit memukau memberi kata, masih byak yg perlu kita lakukan... masih byk yg perlu kita tegak kan... masih byk yg perlu kita usahakan...

"Tanpa permulaan, kita tidak akan sampai ke mana-mana, dan kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan"

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed