Pulau Sipadan
Pulau
yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara
pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba.
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.Foto: Perry Aragon
Pulau Tioman
Pulau
Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di
antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai
10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan
sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang
menyeronokkan.Foto: Choh Wah Ye
Pulau Langkawi
Pulau
bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan
lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari,
Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan
tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.Foto: Edzone
Pulau Redang
Pulau
Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur
Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah
tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal
iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan
pulau ini.Foto: Yee Yip Siang
Pulau Perhentian
Pulau
Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular
di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering
menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
0 comments:
Post a Comment