Pages

Like Us Facebook

Kesah Dunia sekejap ......

Kisah anak yatim

Mereka berempat
dua lelaki dua perempuan
kisah mereka yatim piatu
ibu dah lama pergi
akibat barah otak
ayah tiada lagi
lepas ibu pergi
ayah sesak nafas
yang tinggal mereka berempat...

Yang sulung perempuan
yang kedua lelaki
yang ketiga perempuan
yang keempat dan yang paling bongsu lelaki


Mereka hidup tanpa sesiapa
mahu pun nenek atau saudara mara yang lain
yang datang menjenguk
atau yang datang mencari
mengaku ibu saudara atau bapak saudara
atau sesiapa-siapa kenalan ibu dan ayah mereka


Yang sulung perempuan
Di UPM sains kimia ditahun akhir
hujung minggu cuti balik menjenguk adek-adek
duit yang ada Biasiswa JPA
kesinambungan belanja diri dikolej dan adek-adek

Yang kedua lelaki
yang dipanggil abang
tinggi kurus bagaikan galah
wajah lembut putih melepak
bagaikan seorang ayah menjga dua orang adek lagi
balik dari sekolah
tin-tin carbonate dikutip
di bas-bas stand tong sampah
atau kotak-kotak kertas tebal untuk dijual
disimpan duit atau dibelanja beli beras
makan bersama adek-adek
tak pernah merungut
senyum makan nasi bersama-adek-adek
dengan kuah kari tiada berlauk
seringgit untuk makan tengahari...
tahun ini akan hadapi peperiksaan
tingkatan lima
masa tingkatan 3 ..8A juga

Yang ketiga perempuan
Siti namanya
manis tingkatan empat
juga 8A di tingkatan tiga
mereka hidup tanpa ibu dan bapa
seluruh sekolah tahu
mereka anak yatim
untung flat yang diduduki milik mereka
hanya letrik dan air
bil yang harus di bayar
kekadang bekalan letrik diputuskan
kerana tiada wang
Siti akan mencari jalan
menjual photo kepada kengkawan disekolah
untuk biayai belanja rumah
atau mengambil upah buat assigment rakan-rakan sekelas
masih senyum girang
walaupun susah
tetapi masih senyum sentiasa
kadang makan kat sekolah
roti pemberian kawan-kawan..


Yang bongsu
di panggil adek
umor dua belas tahun
masa ibu pergi umor 3 tahun
masa ayah tiada umor 4 tahun
anggap abang dan kakak segalanya
tempat kasih dan bermanja
mereka adalah segalanya
disekolah agama rajin berusaha
disekolah rendah baik mata pelajarannya
tak tahu peranan ibu dan ayah
bila ditanya guru
keluar air mata
tak tahu nak cakap apa-apa

Alhamdullilah
dalam menjalani hidup mereka yang lindungi allah
tiap azan di sambut dengan solat
abang pesan siti
siti pesan adek
kakak di varsiti turut juga memesan pada adek-adek
jaga solat
jaga solat
kita berlindung dengan tuhan yang satu
kita minta rezeki pada tuhan yang satu
kita sehat dengan doa pada yang satu
kita berempat berpegang teguh
kita jangan bersedih pada apa yang dah berlaku
semuga allah memberkati akan kita berempat
kata kakak

kata kakak lagi
sabar
aku akan berusaha di varsiti
lambat laung aku berjaya
hidup kita mungkin diberkati lagi
akan bercahaya keluarga ini..

kisah anak yatim ini
ku temui mereka
tidak mahu menagih simpati
baju-baju mereka nampak lusuh
tapi amat bersih
senyum mereka
senyum gembira
kerana mereka berempat
kuat dan percaya pada illahi
yang sentiasa melindungi mereka

aku cuba beri mereka wang
abang siti dan adek
menolak dengan amat baik sekali
takpe Cik
Duit kami ada lagi
kami dah makan tadi
takpelah cik
kata adek takut kakak marah nanti
kami tak ingin simpati
maaf yer cik
jangan kecik hati..
aku menitis air mata
lalu ku pergi membawa diri
asyik teringat insan yang berempat
anak-anak sahabatku dulu
yang ku kenali ibunya..kenalan ibuku


Ria Darwina

From : http://teratakian.clicdev.com/

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed