Pages

Like Us Facebook

Kelas Persediaan Radio Amateur Examination RAE 2009-1

Salam,

Pertama sekali, aku nk ucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester... Kita semua masih didalam dilema exam, otak mmg serabut, keje menimbun lagi, janji xsettle lagi, apa yg kita pikir adalah tanggungjawab kita semua. Saban hari otak bekerja, malam hari memikirkan kerja utk esok hari, janji2 esok atau lusa yg blum ditepati.. Apa2 pun selamat menjawab, semoga kita berjaya didunia dan diakhirat.

Aku baru jer google mengenai kelas persediaan, mungkin ada yg memerlukannya... Bagi yang akan mengambil exam RAE-2009-1 pada 24 JUN nie semoga ilmu didada dipenuhi dengan ilmu yg diperlukan...

Exam yg bakal berlangsung mengandungi 100 soalan objektif dengan empat pilihan a,b,c,d. Dengan objektif tanpa subjektif mungkin mampu mengukir senyuman bagi anda.. hehe... Secara rambangnya, aku mangatakan :
50 soalan terdiri daripada teknikal dan teori
50 soalan lagi terdiri daripada law and rule and standard operating procedure (SOP)

Jadi bagi rakan2 aku di UTM yg bakal mengambil exam ini, sudah xbanyak yg perlu ditekankan, untuk soalan teknikal, subjek princip perhubungan mungkin akan membantu dan sememangnya membantu......

Maka dengan ini, hanya perlu perkukuhkan ilmu peraturan, syarat dan "SOP". Bagi aku, bace je... klo dh minat tue, skali lalu baca pun dh igt....

ok, here i have a few place where they made some class for preparetion.. Mungkin amat berguna bagi sesiapa yg memerlukan....


1. Pahang Darul Makmur

LOKALAN BERA/KERAYONG/TEMERLOH ATAU KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA ATAU SESIAPA YANG BEMINAT UNTUK HADIRI KELAS RAE BOLEH LAH DATANG KE TEMPAT SEPERTI DIBAWAH :
QTH : BALAI K.R.T TAMAN KERAYONG MAKMUR
MASA : 21:00HR
HARI : JUMAAT MALAM SABTU
TARIKH : 10/4/2009---24/4/2009---08/05/2009---22/05/2009---5/6/2009.
QSL DIRECT 9W2TWH SAIEDIN CALL:013-9051715
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kelas Bimbingan RAE sila hubungi : 9W2MHR 019-9191676 (Temerloh), 9W2FRD 017-9324287 (Bera), 9W2GUU 013-9849943 (Jengka) & 9W2OCB 013-9355127 (Bentong).
link here

2. Kuala Lumpur

Pihak Kramat akan mengadakan satu Kelas Kemahiran Radio Amatur. Pada kebiasaanya kelas ini dikenali denga Kelas RAE atau Kelas Persediaan RAE. Namun pihak Kramat merasakan Kelas Kemahiran Radio Amatur yang bakal diadakan ini akan lebih bersifat menyeluruh dan bukan sahaja untuk persediaan menghadapi Peperiksaan RAE.
Walaubagaimanapun target utama bakal para pelajar adalah calon-calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan Jun 2009. Kelas Kemahiran ini bakal diadakan selama dua hari.
Bagi memberikan tumpuan kepada para pelajar kelas yang diadakan adalah terhad jumlah pelajarnya. Untuk mendaftar bagi mengikuti kelas berkenaan sila type RAE_NAMA_IC Number dan SEND kepada 012-3050205.


Tajuk Kursus: Kelas Kemahiran Radio Amatur
Anjuran : Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
Tempat: Kuala Lumpur/ Selangor
Masa: 2 hari
Tenaga Pengajar:9M2 dan 9W2 Yang berpengalaman.
link here


3. Ipoh, Perak *update
Pihak PARTS akan mengadakan Kelas Persediaan RAE pada setiap ahad dan rabu bermula 3-May-2009 dan 6-May-2009.

Tempat
Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh

Tarikh

Ahad - 3/5, 10/5, 17/5, 24/5, 7/6, 14/6, 21/6
Rabu - 6/5, 13/5, 20/5, 27/5, 3/6, 10/6, 17/6

Masa

Ahad - 10:00 pagi ~ 12:00 tengahari
Rabu - 08:00 malam ~ 10:00 malam
link


4. Alor Setar, Kedah *update
UNTUK MAKLUMAN SEMUA RAKAN-RAKAN HAM LOKALAN ALOR SETAR DAN KAWASAN YANG SEKITAR DENGANNYA,KELAS RAE BAGI SESI 1/2009 AKAN DIADAKAN BERMULA PADA:-


TARIKH : 08 MEI 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.00 PM - 11.00 PM

TEMPAT : KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

YURAN PENDAFTARAN : RM50.00


PENDAFTARAN AKAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT.BAGI SESIAPA YANG AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN RAE 1/2009 BOLEHLAH MENGHADIRI KELAS TERSEBUT.KELAS AKAN DIADAKAN SETIAP MINGGU PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.


73

p/s : Ini je yg aku jumpe selepas google... klo aku jumpe lagi, aku update sket.... mungkin ada yg memerlukan...

PROGRAM PERANTISAN SISWAZAH (APPRENTICESHIP PROGRAMME) DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL BERHAD -Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

Latar Belakang Program

Program ini telah dilancarkan pada 13 Mac 2009 oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Program ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM7 bilion yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan adalah usaha kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan kepada siswazah di negara ini.

Melalui program ini, Khazanah telah diberi tanggung jawab untuk melatih 12 000 graduan dalam masa 2 tahun. Program yang dicetuskan hasil daripada program Green oleh Khazanah sebelum ini, akan membantu usaha kerajaan dalam menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah dengan meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum diserap masuk ke GLC atau syarikat swasta yang terpilih.

Modul Program

  1. Program GEMS akan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu pada peringkat pertama, graduan yang terpilih akan mengikuti latihan selama 2.5 bulan bagi membantu meningkatkan kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi, memupuk nilai bertanggung jawab terhadap tugas yang telah diberikan di samping meningkatkan tahap keyakinan graduan terbabit dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

  2. Pada peringkat kedua, graduan akan ditempatkan di syarikat GLC terpilih untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Fasa ini adalah bagi membolehkan graduan mempraktikkan kemahiran yang telah diperoleh di peringkat pertama program di samping memperoleh pengalaman bekerja di syarikat terbabit. Elaun sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada graduan.

Syarat permohonan:
  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf (pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau Phd adalah tidak layak untuk memohon)

  2. Memperoleh purata minima CGPA sebanyak 2.5

  3. Pemohon mestilah berumur di bawah 27 tahun

  4. Pemohon mestilah menjalani latihan praktikal di syarikat yang telah ditetapkan oleh urusetia.

Cara memohon:
  1. Pemohon mengisi borang permohonan (Klik DI SINI untuk memuat turun borang permohonan) dan menghantar ke alamat seperti di bawah:

    Graduate Employability Management Scheme (GEMS)
    CareerXcell Sdn. Bhd. (796402-W)
    15th Floor Menara Atlan,
    161B Jalan Ampang,
    50450 KUALA LUMPUR ;

    atau

  2. Pemohon memuat turun borang permohonan dari http://www.mygemsportal.com.my dan menghantar borang permohonan ke alamat seperti di atas; atau

  3. Pemohon mengisi dan menghantar borang permohonan secara online melalui GEMS Community Portal iaitu di http://www.mygemsportal.com.my

Setiap permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak CareerXcell Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh hubungi Puan Dayana Md Ali (03-8883 6549), Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi.


p/s : Bagi yang berminat boleh lah cuba memohon, agar perjalanan hidup kita tidak hanya tertunggu2.. Apa2 pun, kita hanya mencuba, dan hanya Dian yang menentukan....

Collection of ARDF Kuala Lumpur by 9M2LC







Photos courtesy of 9M2LC
http://www.kclim.myardfsport.com

ARDF 5/4/2009 Pusat Ko-Q Kuala Lumpur

Salam,

Salam kontek perdana buat rakan2 ham serta sahabat2 ku... lama jugak aku tak posting nie.. Malam nie aku sanggup bersengkang mata menulis sedikit pengalaman aku di Kuala Lumpur mengikuti ARDF peringkat kebangsaan.. Suatu benda lagho aku.. hehe... xdk benda yg aku buat selain lagho..

ARDF- maksudnya, Amateur Radio Directional Finding.. bahawa melayu nya korang bleh tafsir sendir, senang jer tuh, tapi aku tak tau.. kebolehan korang melebihi kelebihan aku.. aku main bende lagho jer.. bak2 kata rakan yg tak tahu nie.. benda xberfaedah lah nie.. sorry ek.. tapi aku rasa cam bagus.. cuma xsebagus yg kalian punya aktiviti.. hehe...

Aku g KL bersama dgn rumate aku, PENYU.. menumpang lecture 7000 bagi penjimatan tahap maksimum. hehe.. klo nk kuar duit sendiri, mau kusut gak.. apa2 pun.. che mie menunggu di KL.. ada gak teman yg sanggup membantu... TQ che Mie kudud... long time did't call kudud.. hehe..

Competition nie dibuat di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur peringkat kebangsaan... Antara peserta yg sempat aku berborak, Kelab Pradas, Kelab NAZA Kia, Kelab ViVa. Kelab Adtec Kulim, geng Melaka, Muar, Pahang dan Nagori Sambilan.. hehe.. ramai, cuma sembang gitu2 jer.. xder amek no contact.. laen kali kena amek kot.. hehe.. http://v17ardf2009.blogspot.com/


Sijil Penyertaan

haha.. acara ini adalah acara menangkap musang berjanggut. hehe.. dalam kata laen, mencari tranmitter.. Transmitter sebanyak 5 buah di letakkan berselerak di serata Taman Tasik Titiwangsa.. Maka aku dan penyu berpasukan mencari musang neh... Musang nie mengeluarkan bunyi "Mos Code" yang setiap satunya mengeluarkan bunyi yg berbeza2.. so, dengan bunyi kita boleh membezakan musang pertama atau kedua dan berikutnya.. hehe.. macam nk bezakan jantan atau betina la cam tue.. bunyi dia mesti laen.. hehe

Nak cari musang pun kena ada device dia jugak, xbleh main serkap ja.. hehe.. kita kena ada receiver utk mengenal pasti musang tu dimana juga antenna utk nk receive bunyi musang tue.. hehe.. cam kelakar.. tapi best... aku plak suka pelik2... hehe...

antenna yagi uda serta receiver Ft- 60r

Yang bawah nie, brother dari Kelab Naza Kuala Lumpur.. antenna dia mmg mantap , cantik siot.. macam eklusif gitu... nnti aku nk blajar ngan dia cam mana nk wat cantek2... Kat antenna dia ada slot letak handy, xla mcm aku kena pegang setiap masa.. Dia ada letak kompas lagi.. paling mantap ada attuenator.. iaitu "perosot freq" suatu device yg amat penting dalam permainan ini.

Kami berjaya habis kan dalam masa 2 jam 25 minit dari 3 jam.. hehe... suatu masa yg agak lama.. bila sampai ke garisan penamat, dh ramai yg sampai.. rupanya aku nie dh tersgt lewat... sedih aku.... Cube korang bayangkan berlari2 sekitar taman tasik titiwangsa selama 2 jam lebih.. pergh.. kurus rasanya.. hehe.. tapi atas semangat penyu yg masih bertenaga, aku teruskan usaha dan lebuh bersemangat.. hehe.. seb baik ada penyu.. dia yg banyak jumpe musang tuh.. seb baik musang tue tak der refflect.. klo tidak, susah gak nk tangkap.. hehe..

Acara berikutnya adalah acara Slalom.. kami tak join acara nie.. sbb mcm susah.. hehe.. Acara yang memerlukan ketelitian serta peralatan/device yg bagus.. device pun HOMEMADE tau.. antenna semestinya HOMEMADE.. hehe...

Slalom nie adalah acara utk mengenal pasti antenna yg aktif atau yg sedang memancar... Seperti gambar dibawah, antenna pada kedudukan A, B, C dan D. Peserta perlu mencari antenna yg sedang aktif, dan hanya satu antenna aktif pada satu2 masa... dengan kepakaran serta teknologi yg dibuat sendiri, ramai yg mendapat kedudukan seri dan memerlukan saringan... haha.. best nih.. tapi aku tidak punyai kelengkapan yg sepatutnya.. maka laen kali harap bertemu lagi..


brother nie mmg power.. antenna rabit jer dia modify.. jadikan array and create element..



Disamping tu ada jugak pamaran APRS, aku ada post mengenai APRS.. nie antara kawasan Command Center kat situ.. Mmg aku adore gila ngan device depa nie.. geram ja.. sabaq2... radio unit jer yg dibeli dan juga laptop.. yg lain kebanyakan adalah HOMEMADE.. mmg power depa nie.. Kebanyakan yg power2 adalah dari MARTs... otai2 nie... kena p blajaq ngan depa..

HF radio unit - HF adalah freq world wide.. propogation around the world.. device yg mampu menghantar audio mengelilingi dunia..

mat saleh nie tgh communicate ngan org China kot... klo tak silap aku la..


APRS sytem - latop hanya utk melihat APRS yg aktif. Laptop bersambung kpd wifi internet. Device dibelakang laptop adalah digipeter dan seangkatan dgn nya.. Jika anda bukan website ini http://aprs.fi/ korang bleh lihat mobile, base station serta portable station yg aktif diserata dunia.. Semasa acara Fox Hunting(acara cari musang), device yang kami cari telah pun aktif di web tersebut.. jika ada antara kami yg monitor website map tue, pasti ada.. Ia seperti teknologi GPS. Device(musang tersebut) di hubungkan dengan repeater Genting Highland.. Maka sesiapa yg punyai internet boleh melihat dimana musang tersebut berada(exact location). Ini utk mengelakkan device tersebut daripada dicuri oleh pihak yg tak bertanggungjawab.. Klo sapa p curi mmg sakit la.. klo kena curi. mmg bleh monitor sampai umah dia.. haha...

Interface utk salah satu beacon



trofi aku dan penyu yg tak seberapa...

p/s : semasa pertandinga tue, aku mmg tak bleh pakai h/p so, xder lah gambar yg bleh di snap... mungkin pihak penganjur akan posting pada website mereka.. http://v17ardf2009.blogspot.com/


APRS - What is this?

APRS adalah singkatan kepada Automatik Packet Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Bob Bruninga. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil packet radio.


ISS pun menggunakan sistem packet radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Audio didalam mode ini boleh didengari dengan clik disini.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan program Google Earth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Bagaimana ia berkerja?

Terdapat beberapa software yang percuma yang boleh di download dari internet. Antaranya yang popular adalah ui-view dan uiss. Dengan menghantar becon kepada server ARPS, callsign kita akan muncul di peta dunia sebagai station radio amator, repeater dan sebagainya.

Untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9W2KEY-9 dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh 9W2KEY-9. 9W2KEY-9 itu merupakan satu station mobile yang memancar di 144.390Mhz dimana 9W2KEY-3 adalah sebuah digipeter yang menghantar dan menerima becon melalui radio. Kemudian transmitnya ke internet.


Apa yang boleh dibuat dengan APRS?

Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeating. Email boleh dihantar walaupun 9W2KEY-9 tidak mempunyai sambungan internet semasa bermobile. Selain daripada itu, station yang aktif dan monitor di APRS boleh mengetahui keadaan cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya akan dilaporkan oleh WX station ke dalam sistem APRS.

Kenapa ada -3 dan -9 dan sebagainya?
Ini dinamakan sebagai SSID utk kegunaan dalam APRS, berikut disenaraikan SSID yang terdapat didalam APRS:

Contoh :
9W2KEY-3
Maksudnya 9W2KEY-3 ini ialah Digipeater, yg mana akan menghantar becon dan traffic ke RF, contoh di frequansi 144.390MHz

9W2KEY-9
Maksudnya 9W2KEY-9 tengah mobile dan menghantar beconnya ke 144.390MHz, jadi kedua2 station ini akan berhubung di 144.390MHz. Mana-mana station yang monitor di frequansi tersebut boleh laa mengesan dan mengetahui dimana mobile station itu berada sekarang. Selain monitor melalui RF, mana2 station yg monitor melalui internet pun boleh juga monitor dan trace kedudukan 9W2KEY-3. Tetapi mana-mana station yang monitor di 144.930 hanya boleh mendengar paket radio sahaja dan tidak akan memahami apa pun kerana bunyinya yang agak pelik seperti audio diatas tadi.


Bagaimana APRS berkerja?

Ia adalah gabungan antara komputer, interface dan radio. Computer akan generate audio untuk packet mode berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Interface akan mengawal TX/RX dan RIG akan menggunakan RF untuk menerima dan manghantar audio packet tersebut.


Apabila dua station disetkan pada seting yang sama dan frequansi yang sama, maka kedua-dua station itu dapat brehubung antaranya dengan menggunakan RF. Station yang ada sambungan internet boleh bertindak sebagai Digipeater yang mana akan menerima signal dan audio dari station yang tidak mempunyai internet dan menhantarnya kembali becon tersebut ke internet.

Contohnya, 9W2KEY-9 adalah station APRS didalam kereta. Dalam kereta tersebut terdapat laptop, interface dan RIG ICom V8. RIG bekerja di 144.390MHz, dan telah menghantar becon ke 144.390MHz yang mana digipeater pun bekerja pada frequansi yang sama. Maka dengan itu seluruh dunia dapat monitor dan trace lokasi terkini 9W2KEY-9.

Apa perkakasan yang diperlukan?

Untuk permulaannya, apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan internet. Jika anda ingin menggunakan Gateway yang disedi akan oleh Digipeater2 yang tersedia ada, anda hendaklah mempunyai komputer + Interface + radio. Kemudian seting frequansi radio mengikut Digipeater tersebut
Litar Interface

Disini ada dua litar interface yg boleh diguna pakai sbg digipiter

p/s : semua artikel ini aku ambil dari http://perlis.marts.org.my
banyak lagi ilmu yg best yg bleh kita pelajari selain dari ber"QSO".

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed