Pages

Like Us Facebook

Kelas Persediaan Radio Amateur Examination RAE 2009-1

Salam,

Pertama sekali, aku nk ucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester... Kita semua masih didalam dilema exam, otak mmg serabut, keje menimbun lagi, janji xsettle lagi, apa yg kita pikir adalah tanggungjawab kita semua. Saban hari otak bekerja, malam hari memikirkan kerja utk esok hari, janji2 esok atau lusa yg blum ditepati.. Apa2 pun selamat menjawab, semoga kita berjaya didunia dan diakhirat.

Aku baru jer google mengenai kelas persediaan, mungkin ada yg memerlukannya... Bagi yang akan mengambil exam RAE-2009-1 pada 24 JUN nie semoga ilmu didada dipenuhi dengan ilmu yg diperlukan...

Exam yg bakal berlangsung mengandungi 100 soalan objektif dengan empat pilihan a,b,c,d. Dengan objektif tanpa subjektif mungkin mampu mengukir senyuman bagi anda.. hehe... Secara rambangnya, aku mangatakan :
50 soalan terdiri daripada teknikal dan teori
50 soalan lagi terdiri daripada law and rule and standard operating procedure (SOP)

Jadi bagi rakan2 aku di UTM yg bakal mengambil exam ini, sudah xbanyak yg perlu ditekankan, untuk soalan teknikal, subjek princip perhubungan mungkin akan membantu dan sememangnya membantu......

Maka dengan ini, hanya perlu perkukuhkan ilmu peraturan, syarat dan "SOP". Bagi aku, bace je... klo dh minat tue, skali lalu baca pun dh igt....

ok, here i have a few place where they made some class for preparetion.. Mungkin amat berguna bagi sesiapa yg memerlukan....


1. Pahang Darul Makmur

LOKALAN BERA/KERAYONG/TEMERLOH ATAU KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA ATAU SESIAPA YANG BEMINAT UNTUK HADIRI KELAS RAE BOLEH LAH DATANG KE TEMPAT SEPERTI DIBAWAH :
QTH : BALAI K.R.T TAMAN KERAYONG MAKMUR
MASA : 21:00HR
HARI : JUMAAT MALAM SABTU
TARIKH : 10/4/2009---24/4/2009---08/05/2009---22/05/2009---5/6/2009.
QSL DIRECT 9W2TWH SAIEDIN CALL:013-9051715
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kelas Bimbingan RAE sila hubungi : 9W2MHR 019-9191676 (Temerloh), 9W2FRD 017-9324287 (Bera), 9W2GUU 013-9849943 (Jengka) & 9W2OCB 013-9355127 (Bentong).
link here

2. Kuala Lumpur

Pihak Kramat akan mengadakan satu Kelas Kemahiran Radio Amatur. Pada kebiasaanya kelas ini dikenali denga Kelas RAE atau Kelas Persediaan RAE. Namun pihak Kramat merasakan Kelas Kemahiran Radio Amatur yang bakal diadakan ini akan lebih bersifat menyeluruh dan bukan sahaja untuk persediaan menghadapi Peperiksaan RAE.
Walaubagaimanapun target utama bakal para pelajar adalah calon-calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan Jun 2009. Kelas Kemahiran ini bakal diadakan selama dua hari.
Bagi memberikan tumpuan kepada para pelajar kelas yang diadakan adalah terhad jumlah pelajarnya. Untuk mendaftar bagi mengikuti kelas berkenaan sila type RAE_NAMA_IC Number dan SEND kepada 012-3050205.


Tajuk Kursus: Kelas Kemahiran Radio Amatur
Anjuran : Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
Tempat: Kuala Lumpur/ Selangor
Masa: 2 hari
Tenaga Pengajar:9M2 dan 9W2 Yang berpengalaman.
link here


3. Ipoh, Perak *update
Pihak PARTS akan mengadakan Kelas Persediaan RAE pada setiap ahad dan rabu bermula 3-May-2009 dan 6-May-2009.

Tempat
Wakaf PARTS, Jalan Silibin, Ipoh

Tarikh

Ahad - 3/5, 10/5, 17/5, 24/5, 7/6, 14/6, 21/6
Rabu - 6/5, 13/5, 20/5, 27/5, 3/6, 10/6, 17/6

Masa

Ahad - 10:00 pagi ~ 12:00 tengahari
Rabu - 08:00 malam ~ 10:00 malam
link


4. Alor Setar, Kedah *update
UNTUK MAKLUMAN SEMUA RAKAN-RAKAN HAM LOKALAN ALOR SETAR DAN KAWASAN YANG SEKITAR DENGANNYA,KELAS RAE BAGI SESI 1/2009 AKAN DIADAKAN BERMULA PADA:-


TARIKH : 08 MEI 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.00 PM - 11.00 PM

TEMPAT : KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

YURAN PENDAFTARAN : RM50.00


PENDAFTARAN AKAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT.BAGI SESIAPA YANG AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN RAE 1/2009 BOLEHLAH MENGHADIRI KELAS TERSEBUT.KELAS AKAN DIADAKAN SETIAP MINGGU PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.


73

p/s : Ini je yg aku jumpe selepas google... klo aku jumpe lagi, aku update sket.... mungkin ada yg memerlukan...

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed