Pages

Like Us Facebook

APRS - What is this?

APRS adalah singkatan kepada Automatik Packet Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Bob Bruninga. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil packet radio.


ISS pun menggunakan sistem packet radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Audio didalam mode ini boleh didengari dengan clik disini.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan program Google Earth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Bagaimana ia berkerja?

Terdapat beberapa software yang percuma yang boleh di download dari internet. Antaranya yang popular adalah ui-view dan uiss. Dengan menghantar becon kepada server ARPS, callsign kita akan muncul di peta dunia sebagai station radio amator, repeater dan sebagainya.

Untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9W2KEY-9 dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh 9W2KEY-9. 9W2KEY-9 itu merupakan satu station mobile yang memancar di 144.390Mhz dimana 9W2KEY-3 adalah sebuah digipeter yang menghantar dan menerima becon melalui radio. Kemudian transmitnya ke internet.


Apa yang boleh dibuat dengan APRS?

Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeating. Email boleh dihantar walaupun 9W2KEY-9 tidak mempunyai sambungan internet semasa bermobile. Selain daripada itu, station yang aktif dan monitor di APRS boleh mengetahui keadaan cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya akan dilaporkan oleh WX station ke dalam sistem APRS.

Kenapa ada -3 dan -9 dan sebagainya?
Ini dinamakan sebagai SSID utk kegunaan dalam APRS, berikut disenaraikan SSID yang terdapat didalam APRS:

Contoh :
9W2KEY-3
Maksudnya 9W2KEY-3 ini ialah Digipeater, yg mana akan menghantar becon dan traffic ke RF, contoh di frequansi 144.390MHz

9W2KEY-9
Maksudnya 9W2KEY-9 tengah mobile dan menghantar beconnya ke 144.390MHz, jadi kedua2 station ini akan berhubung di 144.390MHz. Mana-mana station yang monitor di frequansi tersebut boleh laa mengesan dan mengetahui dimana mobile station itu berada sekarang. Selain monitor melalui RF, mana2 station yg monitor melalui internet pun boleh juga monitor dan trace kedudukan 9W2KEY-3. Tetapi mana-mana station yang monitor di 144.930 hanya boleh mendengar paket radio sahaja dan tidak akan memahami apa pun kerana bunyinya yang agak pelik seperti audio diatas tadi.


Bagaimana APRS berkerja?

Ia adalah gabungan antara komputer, interface dan radio. Computer akan generate audio untuk packet mode berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Interface akan mengawal TX/RX dan RIG akan menggunakan RF untuk menerima dan manghantar audio packet tersebut.


Apabila dua station disetkan pada seting yang sama dan frequansi yang sama, maka kedua-dua station itu dapat brehubung antaranya dengan menggunakan RF. Station yang ada sambungan internet boleh bertindak sebagai Digipeater yang mana akan menerima signal dan audio dari station yang tidak mempunyai internet dan menhantarnya kembali becon tersebut ke internet.

Contohnya, 9W2KEY-9 adalah station APRS didalam kereta. Dalam kereta tersebut terdapat laptop, interface dan RIG ICom V8. RIG bekerja di 144.390MHz, dan telah menghantar becon ke 144.390MHz yang mana digipeater pun bekerja pada frequansi yang sama. Maka dengan itu seluruh dunia dapat monitor dan trace lokasi terkini 9W2KEY-9.

Apa perkakasan yang diperlukan?

Untuk permulaannya, apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan internet. Jika anda ingin menggunakan Gateway yang disedi akan oleh Digipeater2 yang tersedia ada, anda hendaklah mempunyai komputer + Interface + radio. Kemudian seting frequansi radio mengikut Digipeater tersebut
Litar Interface

Disini ada dua litar interface yg boleh diguna pakai sbg digipiter

p/s : semua artikel ini aku ambil dari http://perlis.marts.org.my
banyak lagi ilmu yg best yg bleh kita pelajari selain dari ber"QSO".

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed