Pages

Like Us Facebook

SiswaSAT


Competition yang baru je berlangsung di UIAM Gombak pada 16hb - 18hb Disember 08. Dianjurkan oleh Agensi Angkasa Malaysia.
Acara yg baru kali kedua berlangsung. dan ia akan dilaksanakan setiap tahun bagi mencungkil bakat bakal graduan agar lebih kreatif dan inovatif.

Sampan dan Kenduri

Kenduri di rumah saudara aku di Alor star. Belakang kompleks Kancut Lebuhraya Darulaman - kepada yg tahu la eh.. klo yg tahu, dibelakang tue ada sungai, sungai kedah rasaya. Rumah kenduri ni pun mmg sebelah dgn sungai...

Dan ini yang aku cuba bangkitkan. Orang datang kenduri naek sampan... haha.. first time aku tgk. slalu aku tgk org naek tapi tak tahu kemana. tapi kali nie mereka anak beranak mmg datang ke kenduri.


aku ada tanya bapak aku mengenai sejarah negeri Kedah sedikit.. katanya, sungai ini suatu masa dulu mmg penting. tersangat penting. jadi apa yg aku belajar sejarah dulu tue bapak aku masih sempat merasa. sungai ini juga boleh sampai ke pekan cina, pekan melayu, masjid zahir.

tambah bapak aku lagi, dulu klo sembahyang Jumaat, berderetan sampan di masjid zahir, masjid tu mmg bersebelah dgn sungai ini. Dah sah jugak sungai pengangkutan terpenting ketika itu.

Bagi pekan cina dan pekan melayu, ada kawasan yg dipanggil Tanjung Chali. Juga bersebelahan dengan sungai ini. Dulu ia adalah pelabuhan yg sibuk. dan buktinya masih ada pejabat kastam kat c2. dulu aku tgk pejabat kastam tue, aku gelak sorang2.. hehe aku kata.. apa gila punya kerajaan buat pejabat kastam kat ctu.. hahaha.. rupanya peninggalan generasi lepas.. hehehe.. aku gak yg bengong.

Dulu setiap sampan ada no pendaftran. begitu juga basikal. bagi yang bayar hasil. kenderaan mereka ditahan dan balik kena jalan kaki.. hehe.. dulu hasil utk sampan RM 0.50 setahun.. hahaha.. time tue mmg byk tue duit sebegitu.. tapi kini apa ada.. haha...

klo tak dak 50sen tue dulu. skang xdak lah jugak rm50.. tul tak...

Antara Burung2 yang Haram dibela











hahaha... aku tak igt nama2 dia. burung2 ni disimpan di suatu tempat yg agak tersorok.. hehe

Kalimah Allah swt

Kalimah Allah swt pada kepingan daging


salam semua. lama aku xupdate blog nie. hujung bulan november lalu. antara kejadian yg aku sendiri saksikan. Bukan kejadian pun sebenarnya. Just bukti yg aku lihat dgn mata aku sendiri.

Kejadian ini berlaku di Alor Star Kedah. Dibawah ini tuan empunya daging. Lebih dikenali dgn panggilan KAK ANI. Dan berkerja sebagai pengusaha makanan di Medan Selera Merdeka. Dekat2 dgn kaw stadium.

Ceritanya bermula dgn pembelian daging tempatan oleh suaminya di Pasar Besar Alor Star. Daging yg dibeli dipilih pada bahagian kaki lembu. Sampai dirumah, KAK ANI membersihkan daging utk dimasak. setelah dipotong dan dimasukkan ke dalam kuali,
percikan cahaya muncul dari tengah kuali dimana daging tersebut berada. Selepas percikan cahaya tersebut, dgn jelas beliau dapat melihan kalimah ALLAH swt lalu mengangkatnya.





tambahnya lagi, daging tersebut akan dimasukkan ke dalam minyak agar ia tak rosak dan utk tatapan semua.


sekian..

Upgrade Openoffice 2.4 to 3.0



salam,

Aku dah cuba buat, ada byk gak kelebihan yg aku perasan.
Sebelum nie semua gambar dalam file '.docx' xdapat papar.
dengan OpenOffice 3.0, aku sedikit gumbira dgn kelebihan ini.

Aku upgrade dgn mengikut step dari website news.softpedia.
here is the link

Wine - running windows application on Ubuntu


Wine

Penyelesaian kepada beberapa masalah. Wine adalah program yang digunakan untuk 'running windows application on Ubuntu'.

Dengan program sebegini, kita sudah bleh install Microsoft Office 2003 atau 2007 kedalam Ubuntu kita.. haha... but no limited to Office only.

what can i say, just have a time to try. so, we know where is the limit.

One more program, same as Wine is Crossover. But we need to pay.

haha..

just use what we have.....

have a tr buddy.

Compiz Fusion

really impress, these intrepid build in an compiz fusion... haha.. nice look yeh..
just need to change the theme....

hove u all tried it before next launch.. hehe

Ubuntu 8.10 - The Intrepid Ibex


my successful installing Ubuntu Intrepid Ibex. feel proud to use an original and free software.. haha

sebaik sahaja siap install, what we need to do is,
1. to make sure we have an internet connection
2. make sure all driver are working and if not, pls donwload or update.
3. update the system...

these just the basic we should pass.

another thing is basic in surfing and entertainment.
-flash player
- no use of firefox if does't hv flash player- prefer adobe flash player

Ubuntu 8.10

Ubuntu baru nk kuar ..

8.10 manggantikan yg lama 8.04.....
way of getting ubuntu

Download now - Download the Ubuntu, Edubuntu or Kubuntu CD installer to your computer now.

Please note: the CD Installer is nearly 700M. If you don't have a fast internet connection you may want to consider requesting a CD.


Request a free CD - Request a free Ubuntu, Edubuntu or Kubuntu CD from Canonical.

  • Delivery typically takes 6-10 weeks
  • Use each CD as many times as you like - you are free to use it on as many computers as you wish and to pass on to others
  • Learn more by visiting the Shipit Questions page.

Kursus tcp/ip

Kursus anjuran msc. Kursus selama 15hari.. Dikelola oleh bestari training.
Utk maklumat lanjut www.bestaritranning.com

p/s: aku rasa kita kena ikut kursus nie. Free tu..

Penghujung semester.

salam,

lama gak aku tak update blog nie, internet pun jarang2 bukak.. wawa.. bukan sbb apa, halaju internet menjadi halangan... sedih siut.... apakan daya. internet free. xmmpu nk biaya sendiri lagi.. huhu...

Salam Lebaran


salam, dh nk dekat sebulan kita puasa. apa yg telah kita pelajar... adakah ada perbezaan yg kita peroleh dibulan keberkatan ini.?..

aku ada satu story mengenai teori aliran darah dalam badan, dimana darah akan lebih ke otak pada bulan ramadhan.

dan thery nie aku dh try... mmg logik dan betul sama skali... aku tak dpat nk serta kan fact atau journal dia... theory ini pun ada dgr drpd seorang doktor Ezul dari Perak..

Katanya, normal sesorang manusia dewasa. satu pam oleh jantung mengeluarkan 1.7 liter darah yang mana dipam keseluruh badan.
-70% daripd darah ini ke otak..
-selebihnya ke anggota badan yg lain.

disini beliau cuba memberitahu bahawa otak yg paling banyak menggunak darah, kerana disitu ada oksigen dan juga nutrien...

tetapi dlam bulan Ramadhan.
jumlah darah yang dipam ke otak adalah melebihi 85%..
suatu percentage yg agak tinggi, dan ini menyebabkan otak lebih pantas berfikir, mudah manghafal dan menerima perkara yg dilihat... dengan kata laen.. otak kita ligat dalam apa jua benda yg melibatkan otak.

tapi mengapa ini boleh terjadi...
kata beliau... apabila seseorg makan, makanan akan bertahan selama 2 jam dan seleas 2 jam, makann telah habis dihadam. dalam 2 jam tersebut makanan dicerna. yg bermanfaat disimpan dan yg tidak dijadikan najis. Utk pencernaan darah diperlukan utk beroperasi.. darah yg datang dr jantung mempunyai nutrisi utk proses pencernaan. maka, selepas itu darah akan kurang nutrisinya..

jad, bila seseorg berpuasa, 85% darah bernutrisi ke otak. kerana tidak lagi ke perut.. darah ke perut hanya 2 jam selepas kita malahab..
operasi otak yg paling cantik adalah ketika kita berpuasa.... inilah salah satu kelebihan bulan ramadhan utk umat ISLAM dari segi sains perubatan.

saya telah mencuba.. kesan nya memang menabjubkan... dengan izin Allah juga...
segalanya juga kerana ALLAH..
3 test berturu2 dlm sehari. esok test, mlm nie stud. namun, apa yg pelik adalah, sungguh mudah memahami, sungguh mudah menelaah... segalanya smooth.. jauh sekali berasa gusar,, mungkin juga soalan test agak senang.. tapi nie saat yg aku rasa study paling harmoni....

otak menjadi lebih pantas dr kebiasaa. sbb lebih 85% darah ke otak.. sepatutnya umat ISLAM lebih maju Kehadapan... AMIN.. moga kita berjaya dunia dan akhirat.

sekian

BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

What Should I do with THESE space

Can Somebody ask me HOW TO USE THESE.



Should I Create new SERVER at HOME

OR just Leave it BLANKS

4294 Tb

FW : ASLI MALAYSIA - Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.
Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
“Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.
Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.
“Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.

Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).
Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

Manakala Pengalaman Wanita JIM sendiri melalui Rumah Perlindungan dan Bimbingan Raudhatus Sakinah yang diketuai oleh Puan Rosmawati Zainal selaku Pengarah RS.

Sepanjang pengoperasian RS sejak tahun 1998 hingga tahun 2006, data menunjukkan ;

Daripada Jumlah keseluruhan Pelatih = 230 orang
18 tahun keatas = 156 orang
Bawah 18 tahun = 74 orang
IPT = 29 orangLiar = 45 orang
Seks Bebas = 72 orang
Rogol = 10 orang
Hamil = 173 orang

Kajian ini bukanlah kajian pertama yang dilakukan oleh ahli akademik. Antara kajian yang pernah dilakukan sebelum ini oleh Puan Mazlin Mohamad Mokthar, Pensyarah daripada UiTM bertajuk “Sex On Campus” yang disiarkan oleh NST pada 18 Ogos 2006, turut menggemparkan ramai pihak.

Sehubungan dengan itu, BAGAIMANAKAH kita sebagai masyarakat PRIHATIN dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

FW : ASLI MALAYSIA - ISU GRADUAN MALAYSIA

Isu dan berita sering membincangkan mengenai pengganguran di kalangan siswazah. Isunya ialah adakah pengganguran itu disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk memasuki pasaran kerja atau mereka terlalu memilih perkerjaan yang sesuai dengan citarasa mereka?

Daripada 60,000 graduan yang dikaji oleh MTEN, 42 peratus daripadanya masih lagi menggangur. Untuk menanganinya, kerajaan telah memperuntukan ratusan juta ringgit untuk memberikan mereka kemahiran tertentu untuk memudahkan lagi proses mereka memasuki pasaran kerja. " Antara usaha kerajaan ialah melaksanakan program “Prosper Siswazah” untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan yang sebagai permulaan, seramai 200 graduan akan dibantu memulakan perniagaan mulai tahun depan dengan penbiayaan RM50 ribu bagi setiap usahawan. Bajet 2006 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyenaraikan bahawa Skim Usahawan Muda akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam bidang ICT, pelancongan, produk halal serta pemprosesan dan pembungkusan makanan.
Pusat Kemahiran Negeri juga turut menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian melibatkan peruntukan RM100 juta untuk melatih 4,800 pelatih dan juga menggalakkan syarikat swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada siswazah menggangur dan syarikat tersenarai yang membayar elaun kepada peserta di bawah program Latihan Graduan Menganggur diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh tiga tahun. Sekurang-kurangnya 1,000 siswazah menggangur dilatih oleh syarikat tersenarai dalam kumpulan Permodalan Nasional Bhd(PNB) dan Khazanah Nasional.
Namun begitu graduan sendiri alpa dalam mengenalpasti menjadi punca mengapa mereka sukar mendapatkan pekerjaan dan diantaranya ialah, ketiadaan ‘soft-skill’ seperti kemahiran komunikasi dan keyakinan menjawab soalan ketika ditemuduga, kurang daya ketrampilan dan lemah penguasaan bahasa Inggeris.
Kealpaan ni membuatkan mereka tidak memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya halangan dapat diatasi semasa proses temuduga.
Berkaitan isu pengganguran juga pihak Institusi Pengajian Tinggi seharusnya berusaha membina kurikulum akademik dan kurikulum bukan akademik yang boleh melahirkan graduan yang yang berpersonaliti unggul dan menjadi pemangkin dalam pembentukan masyarakat ke arah lebih progresif dan dinamik untuk siswazah atau peserta akan diserapkan memasuki mana-mana syarikat swasta yang terpilih untuk menjalani latihan kerja terutama dalam jurusan teknologi maklumat. Pihak IPTA/IPTS harus sedau bahawa golongan siswazah pada hari ini bukan sahaja harus memiliki kelayakan akademik tetapi turut sama dilengkapi dengan kemahiran kerja yang diperlukan oleh pasaran kerja.
Apa pendapat anda sebagai graduan?....

Ramdhan Al-Mubarak

Agak lama aku tak posting. sbb sebenar adalah internet slow, tapi sbb yg paling sebenar adalah MALAS. inilah punca kepada masalah sebenar diri aku dan org yg seangkatan dgn aku.. tp mmber2 aku semua rajin2.. hahaha..

ari nie dh 15 september, bersamaan, 15 ramadhan.. apa yg aku dh buat.. nothing... nothing... but still trying.. test makin dekat. test yg paling kencang bg aku.. test yg berderet2... wawawa... kenapa aku malas study... bila buka jer rasa malas.. langsung xder mood... jawapannya cukup mudah.. tutup ja buku.. tapi bila test esok nya.. fuh.. mmg laju je study. why? why? why?

bak kata rumate aku.. "PAKSA DIRI STUDY"
rumata aku kata begitu bersebb, kita dilahirkan diduniaini bukannya sememangnya pandai.. kita yg kena memandaikan diri study.. katanya lagi, nk pandai kita kena paksa diri tuk study.. kini aku punya masa nk study, tapi terjebak ke alam cyber nie kejap.. kejap2 aku kat 2-3 jam gak la... mcm mana nk maju.. harap perut ja maju ke depan....

Meaningfull Day 26 OGOS 2008

antara hari yg agak bersejarah, seorang yg dibuang punyai semangat uh kental hingga hampir setaraf dgn lawannya... dlm parlimen pun duduk berhadapan dgn musuh politik... bagi aku DSAI mmg kental, semangat yg tinggi....
we are waiting any hyper improvement in our local politic...
wa caya sama lu

how smart is him...

Ramadhan Is Coming




Selamat berpuasa kpd semua dan diriku sendirik.. huh..

FeedBurner

apa itu feedburner.. hahaha.. aku pun tak tau.. amek masa nk blajaq.. xpaham plak apa nk kena buat.. wadus2...

Ubuntu 8.04


Ubuntu 8.04... nie klo post lepas kata adalah xelok pakai hak milik org laen tanpa bayar royalti, kini semua bleh hadapi masalah tue degn menggunakan linux...

kita bleh bertukar arah ke arena linux dimana sebuah open source software.. kita boleh pakai tanpa risau akaan masalah dunia dn akhirat kerana linux sememangnya free to all...

cube2 la pakai, mana tau klo berkenan dihati bleh pakai laptop apple plak.. hehe... klo nk cube bleh downlod drpd website ubuntu .. cari tutorial mengunakan google.. byk tutorial how to setup ubuntu dlm alam maya nie.. ramai yg sudi membantu...

okeh, selamat mencuba...

Barang Cetak Rompak &Fotocopy Buku

aku agak kaget baca benda nie.. tapi aku mmg tak support software ori, buat apa nk bayar kpd mereke2 tu, sedangkan tiada siapa pun yg mmbyr kpd kita.. One more thing, aku tak sokong penindasan software buat org yg tak berpunya kewangan... tapi realitinya.. silalah baca.. aku tersilap pandangan rupanya..

SOALAN
Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal. Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN
Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.
Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi. DIA KAFIR
Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.
Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal. Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.

PENGECUALIAN
Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -
a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.
c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.
Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.
Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.
Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

kempen p44

Smart OOooooo

fuh, mantap... mantap gilo... bile la nk beli 5 bijik... ish ish ish...

Lawatan Sultanah Johor Ke Booth INATEX


lawatan oleh sultanah johor, bersama NC dan TNC...



nie antara projek yg menarik perhatian aku.. meggunakan air utk dpatkn electrik.. tapi still kecik voltage dia.. kat bawah nie dia pakai direct hydrogen... katanya nk nanti nk wat pada motosikal....

nie ha satu lagi bende aku suke.. antenna keluaran UTM hasil drpd reasearch para lecturer... cam best ja aku tgk.. lawak pun ada...

Smart Petrol Station.....



ape yg smart nye.. hahaha.. xder ape pun.. gimik jer...

projek ini simple jer.. xpower mana pun.. projek nie based on problem solving. apa motif projek nie adalah utk mengelak dripada pengguna tersalah mengisi minyak. cthnya:: kete yg pakai petrol-dia g isi diesel. kang rosak kete tue... so, this just simle projek but may damage yr car if taken wrong nozzle...

sistem nie akan menggunakkan RFID system. setiapa kereta dibekalkan tag RFID dimana utk dibezakan oleh system... here is reader RFID.. this reader we need to compress and extend the antenna... but it seem take time to enhance this system.
how its work..
setiap kereta ada tag RFID. tag diletakkan di sebelah tank. reader diletakkan pd nozzle.
sebelum isi minyak reader akan scan tag dn akan membuat pembandingan samada betul dgn nozzle yg diangkat dengan tag yg discan..jika betul, system akan release lock pd nozzle, so, u can proceed. tapi jika salah, system akan berbunya dan nozzle still lock.

contohnya.. anda bawa kete petrol.. than angkat nozzle petrol, system akan approve.. jadi bleh isi lah.. tapi klo tetiba terbawa kete pajero-diesel car.. then angkat nozzle petrol, alarm akan berbunyi sehingga nozzle dikembalikan. pada masa yg sama lock tidak akan release...

consep sememangnya smple.. tapi dgn penggunaan sistem nie, berbagai aplikasi bleh dibuat..
contohnya..sebuah petronas punya ramai pelanggan tetap.. dan pelanggan dia nk bayar ikot bulan tanpa mahu pakai credit card.. jadi sistem nie bleh pakai...

contoh kedua... umumnya tahu kerajaan memberi subsidi rm0.30 setiap liter minyak dimalaysia.. means minyak kerajaan beli rm3 dn jual pd harga rm2.70. negara kita ramai org luar, org luar yg bukan rakyat malaysia yg juga mendapat subsidi yg sepatutnya hanya tuk rakyat malaysia. jika org singapore masuk malaysia, bukan seliter yg mereka masukkan tapi full tank... jadi subsidi lebih kepada warga asing.. begitu juga di utara semenanjung.. diesel subsidi utk rakyat thailand... betapa ruginya kita.. subsidi utk kita digunakan oleh rakyat asing... setahun berapa ribu, ratusan ribu ringgit, jutaan ringgit subsidi yg digalas oleh rakyat asing.. rugi oooo...

dgn ssytem RFID, jika setiapa pemilik kenderaan ada tag RFID sepertimana IC, system dpt membezakan antara rakyat asing mahupun rakyat malaysia... jadi.. rakyat asing stil boleh dikenakan bayaran mengikut harga global.... bagi sy, byk yg kita dpt jimatkan dan duit tue bleh dilaksanakan projek yg lebih berfaedah... just pandangan..

system nie juga dibina sebagai external system kepada system sedia ada.. dimana, kita tak perlu ganggu sistem sedia ada di petrol station... this reallly cheap consep but can save our money...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed