Pages

Like Us Facebook

Aku Ingin Pulang

hari nie tanggal 29/4/08 dimana aku sudah tempah tiket tuk balik kampung.
setelah aku berhempas pulas selama kira2 2 minggu tuk menjawab soklan yg aku tak minat. mlm nie aku akan memulakan perjalanan selama 12 jam. masa yg aku xsuka namun terpaksa aku tempuhi demi kehidupan dunia akhirat. disini aku mendoakan selamat menjawab exam bagi kawan2 aku yg masih berjuang, sekian wassalam.

Dunia dan Akhirat

Dalam dunia kita hari kita sering ditekankan agar seimbangkan amalan kita. maksud disini kita hendaklah seimbangkan, dunia dan akhirat. tapi apakah ini terbaik.
bangun pagi kita kita solat subuh, makan dan terus pegi keje tak pun klas, solat zohor, keje balik tak pun klas, petang solat asar, mlm ngan family atau kawan2. sejauh mana keseimbangan hidup kita. sebenarnya setiap apa g kita lakukan mesti berpaksikan kerana Allah SWT. ini yang sepatutnya berlaku didunia. walaupun kita melakukan kerje duniawi seperti keje mencari rezeri, ia adalah suatu ibadah yang mendpat pahala jika caranya halal.

jadi walaupun kita keje makan gaji, itu juga ibadah, bukan dunia semata, dengan gaji sebagai nafkah kita untuk membesarkan anak bini. itulah ibadah- itulah ukhrawi. tak semestinya dunia semata2.

jadi sini saya ingin menyeru kita semua agar membetulkan niat kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan demi mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi..
wassalam..

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.





"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Kerja Sukarela Sebagai Ibadah

Pendahuluan
• Islam adalah agama yang syumul
• Islam juga menitikberatkan :
- Hubungan dengan Allah.
- Hubungan sesama manusia.
- Hubungan manusia dengan haiwan dan alam sekitar

Definisi “ Kerja sukarela sebagai Ibadah"
• Kerja ialah kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atua ganjaran.
• Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang muslim akan dianggap ibadah sekiranya ia memenuhi kriteria syaraa’
• Sukarela ialah kerja yang tidak dibayar upah atau gaji, rela dengan hati, kerja yang tidak dipaksa-paksa
• Ibadah ialah kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya.

Dalil-dalil Al-Quran dan Hadith
• Dalam Surah An-Najmi:
Dan Sesungguhnya tidak ada ( balasan ) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya,* Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan( kepadanya pada hari Kiamat ) * Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna “
• Sabda Rasulullah SAW : “Hanya sesungguhnya pekerjaan itu disertai dengan niat “

Pekerjaan Dalam Islam
• Segala tindakan dan kerja hendaklah beroreantasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh “ bersifat sepadu ( Tauhid ) antara duniawi , ukhrawi, rohani dan jasmani

Kepentingan Kerja Dalam Islam
• Kerja merupakan sesuatu keperluan hidup
• Menjadi kerja sebagai perdampingan diri kepada Allah Taala
• Segala kerja yang bermanfaat dikira sebagai ibadah

Jenis-Jenis Pekerjaan Dalam Islam
• Kerja Yang dibayar Upah Atau Gaji
Contoh: kakitangan kerajaan atau pun kakitangan swasta
• Kerja Sukarela:
Contohnya : Kerja yang tidak dibayar upah atau gaji, kerja dengan rela hati dan tidak dipaksa-paksa.
- Selain itu, kerja ini adalah untuk melaksanakan kerja- kerja kebajikan dan bantuan kemanusian untuk golongan yang memerlukannya.
- Disamping itu, untuk memartabatkan agama dan bangsa
• Kedua-dua jenis pekerjaan ini adalah tergolongan dalam kategori sebagai ibadah apabila ianya memenuhi kehendak syara’

Konsep Kerja Sebagai Ibadah
• Sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan peribadi diri, keluarga , masyarakat dan untuk memakmurkan bumi Allah adalah tergolong sebagai ibadah jika ia menepati kriteria syarak.

Syarat-Syarat Pekerjaan Sebagai Ibadah
• Kerja itu halal atau harus menurut pandangan Islam
• Kerja itu dilakukan dengan niat yang baik dan diredhai Allah Taala
• Pekerjaan yang dilakukan dengan tekun , amanah, adil dan penuh tanggungjawab
• Kerja itu tidak melanggar hukum-hukum Allah dan tidak ada unsur-unsur kezaliman
• Kerja itu tidak mengganggu kewajipan –kewajipan agama

Ciri-Ciri Kerja Sebagai Ibadah
• Niat Ikhlas kerana Allah Taala
• Berteraskan Iman Dan Taqwa
• Tidak meninggalkan yang wajib
• Mendapat ganjaran dunia dan akhirat

Kesimpulan
• Setiap kerja yang dilakukan samada kerja sukarela atau dibayar /diupah akan dikira sebagai ibadah selagi mana tidak bertentangan dengan tuntutan ajaran Islam
• Kerja sukarela merupakan sesuatu pekerjaan yang amat mulia dan akan mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah Taala jikalau ia dilakukan dengan jujur dan amanah
• Melaksanakan kerja sukarela juga adalah sebagai tempat amal-amal yang bermanfaat untuk kehidupan

Renungan "POLIGAMI"

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang, tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin danFarihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaanisterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat denganQis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit.... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg....

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

Doa Amalan Bersama

BACAAN AMALAN

سورة الفاتحة


أية الكرسي


سورة النور : 35


سورة الضحى


سورة الانشراح سورة الكوثر

BACAAN DI SEKITAR PEPERIKSAAN
1. Di Waktu Turun Rumah / Kolej
a. Membaca ayat al-Kursi dengan tenang serta niatkan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
b. Turun dengan kaki kanan lebih dahulu dengan mengucapkan : بسم الله .

2. Di Waktu Mula Menjalani Peperiksaan
a. Dibacakan surah al-Fatihah dengan memohon kepada Allah agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.
b. Dibacakan ayat al-Kursi dengan niat meminta pada Allah agar Dia menghilangkan segala kegementaraan hati dan memperoleh kejayaan

3. Di Waktu Terlupa Sesuatu

لاَ إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

4. Di Waktu Merasa Susah Menjawab Soalan

اللهم لا سَهْلَ إلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الخَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

5. Di Waktu Selesai Menjawab Soalan


الحَمدُلِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالحَمدُلِلَّهِ رَبَّ العَالَمين

PERSEDIAAN FIZIKAL DI WAKTU PEPERIKSAAN
# Tidur yang cukup ( 6 atau 7 jam) ~tidak lebih atau kurangJaga pemakanan dari sumber yang halal, bersih dan berzat
# Pengambilan vitamin:

~ Vitamin B1 (Thiamine)
i. Digunakan untuk penghadaman karbohidrat.
ii. Karbohidrat ditukar menjadi gula dan memberi tenaga kepada otak kita.iii. Contoh makanan; oat dan sesetengah ikan

~ Vitamin B3
i. Pengukuh mental ii. Contoh makanan : daging ayam, mentega kacang dan hati

~ Vitamin B6
i. Menghasilkan ketenangan diri
ii. Contoh makanan : hati dan buah-buahan seperti pisang

~ Vitamin B12
i. Membantu pembentukan sel-sel darah.
ii. Kekurangan vitamin ini memyebabkan kerap lupa, keliru dan tertekan
iii. Contoh makanan : hati, keju dan susu

~ Vitamin D
i. Menyebatikan kalsium dan magnesium
ii. Penjagaan mental serta sel-sel saraf dalam tubuh
iii. Contoh makanan : berasaskan susu dan cahaya matahari


~ Vitamin E
i. Berfungsi mengarahkan sel saraf menggunakan oksigen dengan teratur
ii. Contoh makanan : gandum atau bijian
ii. Riadah (20 minit), senaman ringan (3 kali seminggu)
iv. Jagalah keselamatan diri dengan sebaiknya

RAHSIA KECEMERLANGAN PEMBELAJARAN
NIAT
SABAR
SYUKUR
MATLAMAT PERANCANGAN
TERIMA HAKIKAT
NIKMATI KEJAYAAN

YANG UTAMA!!!!!!!!!!
Jangan tinggalkan solat, banyakkan berzikir dan membaca al-Quran serta jauhilah maksiat, mohon restu ibu bapa dan bermunajat kepada Allah

KATA-KATA HIKMAH

UBAH PEMIKIRAN ANDA DAN ANDA AKAN MENGUBAH DUNIA

Kepercayaan menentukan tindakan. Sesuatu yang salah tetap dikatakan benar jika anda mempercayai ia adalah benar

KEPERCAYAAN
Ramai orang gagal bukan kerana tidak mempunyai kecerdikan dan akal fikiran TETAPI kerana mereka percaya tidak mempunyai keupayaan untuk mendapat apa yang mereka cita-citakan

ANDA IALAH APA YANG ANDA PERCAYAKAN

Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras sebagaimana benih tidak boleh subur di atas batu.
Dengan ilmu kehidupan menjadi enak. Dengan seni kehidupan menjadi halus dan dengan agama kehidupan menjadi terarah dan bermakna.
Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia akan memancung kamu.
Kegemilangan dalam kehidupan bukanlah diukur dengan kekayaan harta. Kaya nilai murni, beretika dan berakhlak mulia lebih bererti meskipun sukar untuk dicari

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali

Kita manusia memang tdk dapat lari dari sifat sombong itu sendiri, malah ia secara semula jadinya datang ke dalam diri kit. namun pada masa yg sama kita mesti cuba sedaya upaya mengurangkan amalan sifat tercela ini sekali gus membasmi sifat ini jauh daripada hati kita. Bagi saya, zaman sekarang jauh bezanya dari zaman dahulu kala dari segi sifat seseorang insan. moga saudara/i memahami panduan dibawah dan renungkanlah diri kita sendiri sebelum diri orang laen.

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa
daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


- diambil dari forward email

Rahsia Pemakanan

Assalamualaikum, saya tertarik untuk manyalin artikel ini yang diperolehi daripada email saya kerana tabiat pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat. tidak ketinggalan juga diri saya sendiri. jadi dengn ilmu yg tak seberapa ini, wajar kita ambil sedikit perhatian dalam pemakanan kita. walaupun pemikiran manusia sendiri telah mencipta piramid makanan namun hal yg dibawah ini tetap ada kaitan piramid yg diiktiraf seluruh dunia. moga terhibur.


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam
sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali
kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,
khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :



1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja
otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.


CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.


CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah
s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah
s.a.w.


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.


CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.


7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati
dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Wallahu a'lam bish-shawab
Billahi at-Taufiq wal-hidayah...
Wassalam.
Regards,
Anizan
Phaaradm

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu
atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari
dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan
tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di
dalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
di padang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Antara Beberapa Khasiat Dari Surah-Surah Al Quran

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.
SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Information about Quran

1. How many Sura are in Holy Quran ? 114
2. How many Verses are in Holy Quran ? 6666.
3. How many dots are in Holy Quran ? 1015030.
4. How many over bar (zaber) are in Holy Quran ? 93243
5. How many under bar ( Zaer ) are in Holy Quran ? 39586
6. How many Raque are in Holy Quran ? 1000.
7. How many stop ( Waqf ) are in Holy Quran ? 5098.
8. How many Thashdeed are in Holy XQuran ? 19253.
9. How many letters are in Holy Quran ? 323671
10 How many pash are in Holy Quran ? 4808.
11 How many Madd are in Holy Quran ? 1771
12 How many words are in Holy Quran ? 77701.
13 How many parts of Holy Quran ? 30.
14 How many time Besmillah Al-Rahmaan Al-Raheem is repeated ? 114.
15 How many Sura start with Besmillah Al-Rahmaan Al-Raheem ? 113.
16 How many time the word 'Quran' is repeated in Holy Quran ? 70.
17 Which is the longest Sura of Holy Quran ? Al-Baqarah.
18 Which is the best drink mentioned in Holy Quran ? Milk.
19 The best eatable thing mentioned in Holy Quran is ? Honey.
20 Which is the shortest Sura of Holy Quran ? Qausar.
21 The longest verse of Holy Quran is in which Sura? Al-Baqarah No.282
22 The most disliked thing by the God though Halal is ? Divorce
23 Which letter is used for the most time in Holy Quran.? Alaph
24 Which letter is used for the lest time in Holy Quran ? Zaa.
25 Which is the best night mentioned in Holy Quran ? Night of Qadar.
26 Which is the best month mentioned in Holy Quran ? Ramzan.
27 Which is the biggest animal mentioned in Holy Quran ? Elephant.
28 Which is the smallest animal mentioned in Holy Quran ? Mosquito
29 How many words are in the longest Sura of Holy Quran ? 25500.
30 How many words are in the smallest Sura of Holy Quran ? 42
31 Which Sura of Holy Quran is called the mother of Quran ? Sura Hamd
32 How many Sura start with Al-Hamdullelah ? Five_ Hamd, Inaam, Kahf, Saba &
Fatr.
33 Which Sura has the same number of verses as the number of Sura of Holy
Quran ? Taqveer, 114 verses.
34 How many Sura's name is only one letter ? Three, Qaf, Sad & Noon.
35 How many Sura start with word " Inna " ? Four sura - Fatha, Nuh,Qadr,
Qausar.
36 Which Sura has the number of its verses equal to the number of Masumeen
Saf, 14 verses.
37 Which sura are called Musabbahat ? Esra, Hadeed, Hsar, Juma, Taghabun &
Aala.
38 How many sura are Makkahi and how many are Madni ? Macci 86, Madni 28.
39 Which sura is on the name of tribe of Holy Prophet ? Quresh
40 Which sura is called the heart of Holy Quran ? Yaseen.
41 In which sura the name of Allah is repeated five time ? Sura al-Haj.
42 Which sura are named Azaiam ? Sajdah, Fusselat, Najum & Alaq.
43 Which sura is on the name of one Holy war ? Sura Ahzaab.
44 Which sura is on the name of one metal ? Sura Hadeed
45 Which sura does not starts with Bismellah ? Sura Tauba.
46 Which sura is called ' Aroos-ul-Quran ? Sura Rehman.
47 Which sura is considered as 1/3 of holy Quran ? Sura tauheed.
48 The name of how many sura are with out dot ? Hamd, Raad, Toor, Room,
Masad.
49 In which sura Besmillah came twice ? Sura Naml.
50 How many sura start with the Initials ( Mukette'at ) 29 Sura.
51 Which Sura was revealed twice ? Sura Hamd.
52 In which Sura the back biter are condemned ? Sura Humzah.
53 In which Sura the name of Allah is repeated in every verse ? Sura
Mujadala.
54 In which Sura the letter 'Fa' did not come ? Hamd.
55 Which Sura are called Muzetain ? Falk & Nas.
56 Which are those Sura if their name are reversed remain the same ? Lael &
Tabbat.
57 Which is that Sura if its first letter is remove becomes the name of one
of the city of Saudi Arab? Sajdah
58 Which Sura start with word ' Tabara Kallazi' ' Mulk & Furkan
59 Macci Sura were revealed in how many years ? 13 years
60 Madani Sura were revealed in how many years ? 10 years.
61 Which sura start with word Kad ? Mujadala & Momenoon.
62 Which Sura is related to Hazrat Ali ? Sura Adiat.
63 How many Sura are in 30th. Chapter ? 37.
64 Which sura every verse ends with letter 'Dal ' ? Tauheed.
65 Which Sura is revealed in respect of Ahllelbayet ? Sura Dahr.
66 Which sura every verse ends with letter ' Ra ' Qauser.
67 In which sura the creation of human being is mentioned ? Sura Hijr V-26.
68 In which sura the regulations for prisoner of war is mentioned ? Sura
Nesa
69 Which sura is having the laws about marriage ? Sura Nesa.
70 Which sura if its name is reversed becomes the name of one bird ? Sura
Room.
71 In which sura the story of the worship of cow of Bani Esra'iel is
mentioned ? Sura Taha.
72 In which sura the law of inheritance is mentioned? Sura Nesa.
73 In which sura the Hegira of Holy Prophet is mentioned ? Sura Infall.
74 In which Sura the 27 Attributes of God are mentioned ? Sura Hadeed.

--
http://www.quranosu nnah.com
http://www.jamatdaw a.org
http://www.itworld. com

4 Golongan Lelaki Bakal Ke Neraka Oleh Wanita

Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu... ."

Kusta dan kemusykilan

diriwayatkan oleh imam Bukhari;

" Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa. "

1969[Bukhari 5707] Diriawyatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah Saw pernah bersabda, "Tidak ada penyakit menular kecuali dengan izin Allah, tidak ada nasib buruk yang akan menimpa karena gerak gerik burung, tidak ada kematian yang disebabkan burung tertentu, dan tidak ada kemalangan karena bulan Shafar. Jauhilah penyakit kusta seperti kau menjauh dari singa".

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah tidak boleh membiarkan penyakit menjangkit, membiak, menjalar, menular dan merebak. Hadis tersebut tidak berarti bahwa penyakit berjangkit tidak wujud. Bukankah di penghujung hadis tersebut terdapat petunjuk bahawa wujudnya penyakit yang berjangkit, yaitu apabila Rasulullah menyuruh kita menjauhkan diri dari penyakit Kusta ? Perhatikan juga hadis-hadis di bawah ini sebagai penguat kepada keterangan penulis di atas, bahwa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Rasulullah adalah jangan membiarkan sesuatu penyakit itu menjangkit, merebak dan menular.

Janganlah orang yang sakit mengunjungi orang yang sehat...

Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya.

Ini sedikit ulasan kepada hadis Rasulullah SAW berkenaan penyakit kusta.

BRANDS & LABELS TO BOYCOTT

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed