Pages

Like Us Facebook

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali

Kita manusia memang tdk dapat lari dari sifat sombong itu sendiri, malah ia secara semula jadinya datang ke dalam diri kit. namun pada masa yg sama kita mesti cuba sedaya upaya mengurangkan amalan sifat tercela ini sekali gus membasmi sifat ini jauh daripada hati kita. Bagi saya, zaman sekarang jauh bezanya dari zaman dahulu kala dari segi sifat seseorang insan. moga saudara/i memahami panduan dibawah dan renungkanlah diri kita sendiri sebelum diri orang laen.

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa
daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


- diambil dari forward email

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed