Pendahuluan
• Islam adalah agama yang syumul
• Islam juga menitikberatkan :
- Hubungan dengan Allah.
- Hubungan sesama manusia.
- Hubungan manusia dengan haiwan dan alam sekitar
Definisi “ Kerja sukarela sebagai Ibadah"
• Kerja ialah kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atua ganjaran.
• Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang muslim akan dianggap ibadah sekiranya ia memenuhi kriteria syaraa’
• Sukarela ialah kerja yang tidak dibayar upah atau gaji, rela dengan hati, kerja yang tidak dipaksa-paksa
• Ibadah ialah kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya.
Dalil-dalil Al-Quran dan Hadith
• Dalam Surah An-Najmi:
Dan Sesungguhnya tidak ada ( balasan ) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya,* Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan( kepadanya pada hari Kiamat ) * Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna “
• Sabda Rasulullah SAW : “Hanya sesungguhnya pekerjaan itu disertai dengan niat “
Pekerjaan Dalam Islam
• Segala tindakan dan kerja hendaklah beroreantasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh “ bersifat sepadu ( Tauhid ) antara duniawi , ukhrawi, rohani dan jasmani
Kepentingan Kerja Dalam Islam
• Kerja merupakan sesuatu keperluan hidup
• Menjadi kerja sebagai perdampingan diri kepada Allah Taala
• Segala kerja yang bermanfaat dikira sebagai ibadah
Jenis-Jenis Pekerjaan Dalam Islam
• Kerja Yang dibayar Upah Atau Gaji
Contoh: kakitangan kerajaan atau pun kakitangan swasta
• Kerja Sukarela:
Contohnya : Kerja yang tidak dibayar upah atau gaji, kerja dengan rela hati dan tidak dipaksa-paksa.
- Selain itu, kerja ini adalah untuk melaksanakan kerja- kerja kebajikan dan bantuan kemanusian untuk golongan yang memerlukannya.
- Disamping itu, untuk memartabatkan agama dan bangsa
• Kedua-dua jenis pekerjaan ini adalah tergolongan dalam kategori sebagai ibadah apabila ianya memenuhi kehendak syara’
Konsep Kerja Sebagai Ibadah
• Sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan peribadi diri, keluarga , masyarakat dan untuk memakmurkan bumi Allah adalah tergolong sebagai ibadah jika ia menepati kriteria syarak.
Syarat-Syarat Pekerjaan Sebagai Ibadah
• Kerja itu halal atau harus menurut pandangan Islam
• Kerja itu dilakukan dengan niat yang baik dan diredhai Allah Taala
• Pekerjaan yang dilakukan dengan tekun , amanah, adil dan penuh tanggungjawab
• Kerja itu tidak melanggar hukum-hukum Allah dan tidak ada unsur-unsur kezaliman
• Kerja itu tidak mengganggu kewajipan –kewajipan agama
Ciri-Ciri Kerja Sebagai Ibadah
• Niat Ikhlas kerana Allah Taala
• Berteraskan Iman Dan Taqwa
• Tidak meninggalkan yang wajib
• Mendapat ganjaran dunia dan akhirat
Kesimpulan
• Setiap kerja yang dilakukan samada kerja sukarela atau dibayar /diupah akan dikira sebagai ibadah selagi mana tidak bertentangan dengan tuntutan ajaran Islam
• Kerja sukarela merupakan sesuatu pekerjaan yang amat mulia dan akan mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah Taala jikalau ia dilakukan dengan jujur dan amanah
• Melaksanakan kerja sukarela juga adalah sebagai tempat amal-amal yang bermanfaat untuk kehidupan
Trello for freelancers
4 years ago
0 comments:
Post a Comment