Pages

Like Us Facebook

MLM Never Ending

MLM/ Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat.
(ada seorang kawan meminta pendapat saya, pagi ini)


1- MLM adalah never ending story kerana dari tahun ke tahun akan ada generasi baru yg terpegun dgn beberapa kejayaan yg diperoleh oleh beberapa ketul penggiat MLM. Penggiat MLM akan bercerita pendapatan ribu ribu si A, Si B dapat kereta mercedes, Cikgu C dah ratus ribu pendapatan bulanannya.

2- Kalau anda masih muda, ada baiknya anda membaca hingga habis. Kalau anda dah matang mungkin anda tidak mahu sebab anda antara orang dah terkena. Anda mungkin dah serik. Atau anda mungkin dah boring hal MLM seperti saya.

3- Apabila zaman berubah, maka cara kerja pun berubah. Kalau dulu MLM ini dimulakan dgn menjadi ahli dan kemudiaanya bekerja lah sape yg minat pada waktu malam. Kenapa waktu malam, kerana MLM adalah satu pekerjaan dimana anda akan dapati orang pakai talileher pada waktu malam. Kalau jumpa orang pakai tali leher waktu malam, 90% dia aktif dlm mlm atau dalm entertainment industri. Kita aktif dlm mlm pada waktu malam, sebab waktu siang kita ada di pejabat, buat keje sikit sikit, sikit sikit fikir pasal mlm.

4- Kalau dulu mungkin dimulakan dengan RM 80. lepas tu, beli produk, cari orang, bawa pegi gathering, cari dan terus mencari.

5- Zaman ni, ianya dah berubah, masih cari orang, bawa pegi gathering tapi nak masuk bukan lagi RM80 tetapi RM80 + ribu ribu (RM3000?). Maka diceritakan lah oleh mereka bahawa org ni dah dapat income 5 angka, orang tu dah dapat 4 angka. Yang terlupa diceritakan ialah wak ahmad dah keluar 3ribu, kemudian tak dapat cari orang, wang nya hilang begitu saja. dan ramai yg macam wak ahmad.

6- MLM zaman ini masih lagi ada produk yang dijual. Tetapi produk itu sebenarnya hanya menjadi hiasan. Yang mereka mahu ialah mencari orang yg sanggup jadi ahli,, yang yakin akan sistem itu dan yang sanggup keluar ribu ribu semasa mendaftar.

7- Tidak adakah yang berjaya. Tentu ada. Ramai yang saya kenal. Antaranya dari seorang yg susah nak ada duit, sekarang dah pakai kereta mewah, nak beli rumah mewah etc. Tapi 10 orang berjaya, mungkin ada 100 orang yg hilang ribu ribu.

8- Bolehkah anda menjadi kaya dengan MLM. Jawapan saya ialah boleh. Untuk saya, bagi kita orang biasa ini, ada tiga bentuk perniagaan networking dan membina kumpulan, yg membolehkan kita kaya. Satu Insuran/takaful, kedua Amanah Saham Ketiga MLM. Jika anda boleh cari orang, bangunkan group, bina agency, ramai downline yg berjaya then anda akan berjaya.

9- Tapi untuk itu, anda masih perlu kenal sape diri anda?

10- Anda ready kerja kuat? Welll... yang ni tak ada kejayaan tanpa kerja kuat.

Melainkan anda jadi menantu PM. Itu pun anda kena kerja kuat coz anda hanya mudah dapat peluang, dah dapat peluang kena jugak kerja kuat. Tapi kalau anda menantu PM jenis ambil percentage sana kemari...ahh then kurang sikit kerja kuat coz anda hanya perlu dapatkan projek then dapat cut dari situ.

11- Anda suka jumpa orang, call orang, pujuk orang datang mtg.gathering, lepas tu closed deal dgn org itu keluar duit. Kalau anda juga pandai jual jual, then ok juga. SOOO kalau anda boleh dan mahu semua itu, anda sudah ada pembuka jalan utk berjaya.

12- Cuma anda kena tahan hati, iaitu didalam kejayaan anda utk dapat naik income 5 angka, akan ramai yg hilang ribu ribu didalam perjalanan itu kerana anda.

13- Untuk anda yang tidak ada skill skill yg diatas, saya cadangkan simpanlah ribu ribu tu di amanah saham. Paling tidak anda dapat 7-10% setahun, kalau pun tak 15%. Sikit sikit lama lama jadi bukit, itu kalau anda tak tarah busut yg baru nak naik bukit..Taapi kalau nak gak jadi jutawan, kena overcome lah kekurangan tadi, tapi nasihat saya buat lah takaful atau amanah saham..win win..anda menang, client anda tak hilang duit (risiko masih ada).

SELAMATKAN LAH DUIT RIBU RIBU ANDA DARI MLM.

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed