Pages

Like Us Facebook

Model perniagaan lintah dalam dunia perubatan moden

KITA mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di sebalik semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan moden.

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti

setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.

Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.

Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.

Model perniagaan lintah dalam rawatan moden

Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengusahakan projek lintah ini. Terdetik dalam hati saya bahawa model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya
dan sentiasa ada “supplier”. Saya mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang saya ambil di forum-forum dan saya satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan saya akan update dari masa ke semasa
dan saya harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali ini. Dalam penternakkan lintah ini saya ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

Keperluan Tanah dan Iklim

Penyediaan Tanah

Kualiti air

Penternakan

Penjagaan dan Pemakanan

Pemasaran

Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM 300.00/kg tidak termasuk kos penghantaran. Benih pula berharga sekitar RM0.60/ekor. Makanan bagi lintah ialah darah. oleh sebab itu belut adalah makanan terbaik bagi lintah. Harga belut adalah sekitar RM20.00/kg. Ini adalah harga anggaran dimana harga anak benih lintah yang ditawarkan sekarang minimum 1000 - 5000 ekor = RM 0.50/ekor dan 5001 ke atas boleh lah dapat dalam RM0.40/ekor

Kos untuk kolam

1. palong konkrit…..RM 80.00 /pcs…..dlm satu palong boleh muat dlm 2000 ekor anak lintah.(palong boleh cari kat hardware)

2. tangki air hitam….RM290.00 /pcs…dlm tu boleh masuk 3000 ekor anak.

3. kolam batu konkrit…RM 2000.00 / kolam….boleh masuk dlm10000 ekor ank>bukak dlm10 x 30 kaki

4. kolam tanah..RM10,000.00 / kolam.

boleh tengok gambar kolam sy kat web site: www.geocities.com/alham_leech.my/html

Pembiakkan lintah

Seekor lintah bila matang boleh betelor dan menetas sehingga 350-380 ekor anak dan cara pembiakkan tak susah, bila dia banyak makan lagi cepat dia bertelor.

Pemasaran, Syarikat yang terbesar yang mengambil lintah-lintah ini adalah Art Soulist Sdn Bhd dengan cara contract farming, laman webnyer http://www.artsoulistagrotech.com.my. Selain daripada syarikat Art Soulist Sdn Bhd yang satu-satunya company besar yang mengambil lintah-lintah ini, anda juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya. Saya terbaca berita dari Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu lintah dijual RM9.3juta per ton, ini bermakna 1 kg lintah syarikat Art Soulist Sdn Bhd akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka ambil daripada pembekal cuma RM60 per kg.

Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan andai anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk mati & penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.

Sampai di sini dahulu artikel kali ini mengenai model perniagaan lintah ini. Saya harap ia dapat menjadi rujukan kepada pengusaha lintah dan saya doakan agar industri lintah ini akan kekal selamanya dalam dunia perubatan moden mahupun tradisional.

Sekian, Suhail..



-----
model ini diperoleh daripda azragrocentre.com

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed