Antara              syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM              Turki)
1. Membolehkan perempuan memakai              tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki              memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan              topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan              lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan              seorang wanita di satu parti umum yang pertama di   Ankara .
4. Beliau pernah              menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak              cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara              terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam              bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki.              Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan              Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari              luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah              mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar              Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar              Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa              agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan              untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai              Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan              terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang              perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang              barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada              muzium, ada sesetengah masjid dijadikan              gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari              bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan              membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan              undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan              kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf              Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama              seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya              ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana              takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau              tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar              itu.
Kematian Kamal              Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah              datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa              terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah              berikan di dunia.
Antaranya ialah              :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga              ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh              badan.
2. Sakit              jantung.
3. Penyakit darah              tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah              merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram              rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak              ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan              beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun              rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan              kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana              mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,              mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke              tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan              merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak              jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam              disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang              ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan              sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu              beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan              menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9              malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama              Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup              dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa              ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak              menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak              menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya              diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi              nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga              tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi              Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,              mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar              beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa              yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah              mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini              tidak menerima Kamal Atartuk!
Trello for freelancers
5 years ago

0 comments:
Post a Comment