Pages

Like Us Facebook

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat

kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu

perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt

sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,

setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan

terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan

memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap

hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan

rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan

menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas

ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan

kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat

Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di

depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang

sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA

memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat

pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal

ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi

menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.


Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin

terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu

eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga

terhindar daripada gangguan lahir dan batin.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan

2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam

lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir

tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa

membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &

ahli rumah2 di sekitarnya.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah

menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2

juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar

rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan

dan mendoakan baginya.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan

mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi

Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan

nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.... >




In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada

satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed