Salam,
Hari ini bukan hari mengundi, tetapi semalamnya 13/01/09... maaf lah klo lewat post pasai hari mengundi neh... Aku bukan nk 'post' keseluruhan program hari mengundi, hanyalah sekadar selingan buat pembaca, klo ada yang baca lah.. hehe
Pagi aku yang dingin malah hampir kurus kesejukan... Maka aku terpaksa bangun memperlahankan kipas. Agar aku bisa sambung semula mimpi indah aku. Walaupun ia hanya sekadar mimpi, namun mimpi2 indah memberi aku inspirasi untuk aku terus tidur membuai mimpi. Dalam masa yang sama, baru aku sedari, rumate aku sudah menghilangkan diri, pikiran aku mula bergerak, OH... rupanya dia ada klas pukul 8pagi... aku menyambung buaian minda.. mindaku mencari noktah yg aku tinggalkan didalam alunan mimpiku agar bisa aku sambung kembali.
Tetiba jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Ah, apakah aku bermimpi, atau jam sudah rosak... mindaku terhenti kepada 'syntax' mengundi.. Aku perlu pergi mengundi, mengundi adalah kewajipan aku, aku perlu memilah calon yg berkalibar, aku perlu memangkah calon yg berdedikasi walaupun. Walaupun mereka berdedikasi, berkalibar, berpikiran matang, namun pangkah adalah utk mereka. Pangkah bukan kerana xsuka, tetapi kerana terpilih... satu perbuatan songsang dgn pemikiran para guru... "like we are in school"
Jam menunjukkan 12.15 tgh hari, aku perlu bergerak ke P16, msj dihartar kpd 'rumate' aku, DIMANA KO... Dan 'rumate' aku yang baek hati terus 'call' aku mengatakan bahawa tempat mengundi P16 xramai orang.. Apa lagi, daripada aku perlu beratur panjang baek aku pergi tempat yg kurang peminat asalkan matlamat aku tercapai..
Aku bergegas ke P16 bersama motor kesayangan aku EX5, setiba di lokasi yang diwar2kan itu. sah, aku bleh mengundi,, setelah kad matrix diberikan, satu keluhan keluar dari mulut petugas, adik(ada ka patut panggil adik- umur 28 dh nie) kertas mengundi dah habis. aku dikehendaki ke P07. Atau pun adik boleh menunggu kertas undi yang masih dalam perjalanan dari Indera Kayangan. hehe..
Pilihan aku trus ke P07, daripda aku menunggu membuta tuli, baek ke P07 je.. aku bergegas parking di IVAT, berjalan menuju ke P05 sebelum ke P07. Semasa gerak longlai aku berlarutan ke P05, tiba-2 muncul awek cun menegur aku,
" Eh, macam kenal je"
Lamunan aku terhenti.. huh,, awek org rupanya.. lidah aku kelu, mimik muka aku membeku, anggota badan aku masih bergerak... hanya semyuman daripada aku buat awek org itu... Wah, gembiranya aku berjumpa dgn si cantik manis, gembiranya aku bertembung dgn sigadis manis, gembiranya aku berselisih dgn sigadis jelita. Wah. sukenye aku.. hehe.. mende nih..
Namun itu hanyalah fantasi aku.. aku teruskan perjalanan ke p07.. setiba di 'ground floor' ramai pengawal keselamatan, pegawai bertugas memerhati pergerakkan aku, tiba2 ada suara memanggil..
" Dah mengundi blum, klo blum cepat sket"
detik aku, ai dh nk tutup ke.. Bukan pukul 6 petang ke.. sampai je dekat dgn salah seorang pagawai disitu, aku bertanya, dah nk tutup ke... dan balasnya
" Belum lagi, kami tgh cari org bertuah nih"
hatiku berkata2 lagi, apa pulak benda nie. Apa yg bertuah nie. Kad matrix terus di 'scan', disaksikan hampir 8 orang petugas. Namun aku masih bingung apa yg dilihat...
No 1100 keluar di screen... beberapa petugas mengucapkan tahniah.. Hati aku berdetik
" nk mengundi pun ade org ucap tahniah, semangat berkobar2 betul"
. setiba aku ke meja senarai nama utk mengambil kertas undi, akak2 disitu mengucapkan tahniah dengan senyuman yg meleret-leret.. hehehe... detik aku lagi...
"apa plak nih.. tahun nie laen sket nih.. mesra gila staff nih, dalam pejabat pun tak semesra nih"
Tanggungjawab memangkah diteruskan.. Aku memangkah sekian-sekian-sekian.. Undi adalah rahsia.. hehe.. Habis memangkah kertas perlu dilipat.. besar benor kertas nih.. terjumpe plak rakan taulan si KUCAI... Kucai dah siap dan bergerak keluar melalui pintu kedua.. turn aku plak jalan kuar, aku ditahan, katanya
" nanti kejap, tadi 1100 kan.. haa.. no bertuah tue.. mai kita tgk menang apa, mana tau sport rim ka.. "
detik aku,
" no bertuah rupana.. ceh patut bertuah-bertuah je dari mulut staf2 nih"
Setelah kad matrix dia ambil utk semakan, petugas bertanya lagi,
" pakai apa, celcom ke maxis"
kata aku,
"mestilah celcom"
sekeping kad unggu dihulurkan, aku memang mengenali kad tersebut, aku memang tahu apa fungsi kad tersbut, mulut aku mula mengukir senyuman.. Aku dapat saguhati rupanya sebab mengundi.. hehe
Dan juga buku planner. Dua barang saguhati yang aku terima atas tanggungjwab mengundi. hehe.. Xsia2 aku mengundi, ini semua disebabkan bidadari dunia tapi yang telah mengongcang jiwaku.. hehe.. Maka aku bergerak ke arked k9 utk makan.... time to eat...
bertuah aku ..
Habis makan, aku balik ke bilik, namun aku terdengar ada suara bercerita tentang aku, katanya,
" aku cepat setakuk ja, no aku 1099. klo aku lewat sket tadi, aku dah dapat apa yg pidot dapat."
rupanya, kucai mengeluh akibat saguhati tadi, jangan kita khuatir lagi, kita sudah punyai sahabat berstatus MPP, maka, tahun hadapan, kita mintak setiap pengundi diberi kad topup. hehe...
Ini lah rakan aku, kucai
Topup celcom rm10
buku planner