Isnin ,12/01/2009 - Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.
Bahkan untuk melampiaskan nafsu membunuhnya, Israel menggunakan senjata yang dilarang oleh kesepakatan antarabangsa terhadap rakyat awam. Namun serangan roket pejuang Palestin ke Israel semakin hari semakin menunjukkan kehebatannya. Mereka sudah menggunakan roket baru yang belum digunakan sebelum ini. Jangkauan roket tersebut mampu menembus wilayah strategik yang selama ini tidak dijangka oleh Israel. Seperti pangkalan militan udara dan darat Israel.
Ini bererti, perluasan serangan roket pejuang Palestin ini akan menjadikan 1 juta warga Israel hidup dalam “neraka” bahana roket pejuang Palestin. Wilayah itu adalah Ovekum di bahagian selatan, Asdod ke utara, dimana wilayah tersebut menjadi pelindung pelabuhan strategi di laut Palestin jajahan Israel tahun 1948. Sementara Asqala dan Sidreut sudah lama dihujani roket pejuang Palestin.
p/s : tindakkan balas meyerang israel. Kita sewajarnya tidak patut tunduk dgn Israel.. Kita mesti bangun dan menyerang balas akibat tindakan mereka sewenangnya membunuh orang awam. Dan dengan artikel dari http://palestinkini.info ini memberi harapan dan semangat baru agar rakyat Palestin terbela.. Saya sebagai rakyat Malaysia yg lemah ini hanya mampu berdoa agar setiap orang Islam terbela dan diberikan semangat kental manghadapi pelbagai musibah. Hari makin hari, kematian hampir mencecah 900 orang.. 900 mayat yg terkira bagaimana yg tidak tercari atau yg hancur.. Adakah jumlah nya mececah 1000 orang...
Hanya doa sahaja mampu mengiringi para pejuang..
0 comments:
Post a Comment