Pages

Like Us Facebook

Oh AloQ StaQ, Oh Bintang Oh Pokok !!!!


oh kampung halama aku.. kenapa kamu sentiasa dijadikan mainan politik.. adakah benar apa yg aku katakan padamu atau sememangnya kehendakmu wahai si bandar AloQ StaQ.

Kamu sudah tue wahai AloQ StaQ, mana mungkin kamu boleh mejadi muda dengan menukar namamu, tapi aku tahu, ia bukan salah mu,, ia adalah kerja pemuda pemerintah AloQ StaQ yang masih belum mengenalimu.. Sabar lah yer wahai AloQ StaQ.. kamu dah tua, kamu banyak pengalaman yang perlu orang laen pelajari..

Aku juga sebagai pemuda AloQ StaQ yang juga generasi baru sememang tidak tahu akan sejarahmu, tidak tahu akan pengalaman pahit manis mu... Maafkan kami...

Sejarah awal penubuhan AloQ StaQ.
Alor Setar mula dberi nama pada pemerintahan Raja Melayu-Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174.

Sudah lama AloQ StaQ ini.. Sudah tua kamu ini.. Masih banyak perkara yang berlaku tidak aku ketahui, namun aku pendekkan cerita..

"Alor" berasal dari muara sungai atau parit yg disebut alor.. Orang Kedah mmg panggil alor... contohnya alor mengkudu, mmg dekat dgn ghumah aku. hehe.. alor pongsu... dkt2 penang/perak. dan byk lagi alor.... mmg ada kaitan dengan muara sungai.. seperti juga parit2 di MUAR JOHOR.. hehe...

"Setar" adalah nama pokok setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang.

Perubahan Nama
Ejaan "Alor Setar" ditukar kepada "Alor Star" bagi menampak bahawa gahnya Alor Star. wah-wah.. kononya bagi menunjukkan bahawa Alor Setar telah dinaek taraf, tidak lagi bandar yang ketinggalan zaman. Ia ditukar bersempena dengan Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ia dilaksana dibawah pemeritahan Datuk Seri Syed Razak, Menteri Besar Kedah pada ketika itu..

Namun, ia tidak kekal lama. Ejaan asal dikembalikan oleh pemerintah laen. Tidak kisahlah mana2 parti pun. Jika punya alasan samada kukuh atau tidak, tetap akan ditukarkan jika punya kuasa. Tapi bagi aku, elok ditukarkan sbb, kita patut bangga dengan Bahasa Melayu, takkan melayu maju tanpa bahasa kebangsaan. Apa yang penting sangat dengan 'Star' tue.. Jika 'Setar' punyai sejarah yang tersendiri, kenapa perlu diubah sejarah tersebut.

Akhirya ejaan asal dipakai semula pada 14 Januari 2009 oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Bagi wajar ditukar semuala kepada asal, kalau tidak Datuk Seri Azizan akan dipersalahkan kerana menggunakan bahasa 'rojak'.. haha.. politik semuanya.. syabas buat MB Kedah atas kejayaan menukar semula ejaan. Ia mugkin menjadi isu samada tukar atau tidak.. jika tukar, inilah dia, dituduh meghabiskan duit rakyat melakukan perubahan terhadap papan tanda, tapi kalau xtukar,, hahaha.. salah guna bahasa kebangsaan sehingga merojak kan ia.. Kan rakyat malaysia tak suka sejarah.. Maka ramai tak tahu sejarah.. maka beliau tetap dipersalahkan.. Makin tabah lah ahli2 exco dan Datuk Seri sendiri..

0 comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed