Pages

Like Us Facebook

Permainanku....... !!!!!!

Salam,

Aku nk kasi tau kepada kawan2 aku bahawasanya aku telah lulus ujian Radio Amatuer(RAE-2008-2). Aku g ambil "exam bersama penyu dan Dr.Sharul Kamal. Seb baik aku lulus, risau gak takot tak lulus. tapi akhirnya kehendak aku tercapai lagi walaupun sudah beberapa kali terkandas dalam pendaftaran hehe...

Bagaimana aku bleh jatuh hati pada Radio Amateur :

Dulu sewaktu aku tingkatan-4.. pengetua skolah aku nie suka maen radio yg macam walkie talkie tue, tapi aku nampak dia ckp sorang2 je, igt kan ckp ngan pakguard depan.. tapi bukan.. entah dengan sapa ntah... -detik hati aku.. sudah gila agaknya org tua nie... Dalam pada tue, aku terperasan dengan ariel(antenna) kat kete dia.. tinggi gila... style jerk aku nengok.. sangkaan aku tak meleset. Lepas tu plak aku nmpak dia pakai radio yg ada kat teksi tuh... ahhh... sah gila... tak kan buat keje "part time" kot.....

Maka setelah beberapa bulan... raya aidilfitri menjelma.. aku beserta rakan beraye umah dia.... sejak mula masuk ke taman kediaman beliau, aku nengok ada menara pemancar yg agak pelik.. mcm "diy" jer.. ahh.. lantak lah... makin jalan, makin dekat plak ngan menara tue.. alih2 dh sampai depan menara tue.. hahahahaha.. umah dia ada "tower".... Gila ahhhh.... org pertama aku jumpa ada tower sendiri...

Jadinya, inilah masa utk aku bertanya samada dia betul2 gila atau buat2 gila.. hehe... rupa2 nya dia adalah salah seorg penggiat RADIO AMATEUR....
1. punyai base station yg mantap- bilik khas utk dia punya base station.
2 punyai "mobile rig" - dalam kete dia
3. antena sendiri di rumah sendiri.
4. callsign 9m2
3. "integrate" sistem amateur to computer- (kegunaan ISS monitor)

bilik command center dia mmg aku "adore" gila... sebuah bilik operasi yg cukup lengkap... internet berkelajuan tinggi, amp meter. volt meter, signal generetor, signal detector, beberapa buah pc dan sememangnya cukup membuatkan aku tertarik.

Beliau ber"demo" depan aku. Cuba berkomunikasi dengan org luar negara.. Kelihatan banyak kad2 dari rakan2 amateur luar negara.

Dengan ini sangkaan aku meleset sama skali. Beliau bukan gila tetapi bijak serta genius. Benda2 yang aku tak pernah tengok sebelum ini(skang dh biasa tengok kat makmal FKE). Dan beliau mmg tak kedekut ilmu..

Melalui beliau aku kenal radio amateur... Dan kini aku punya lesen yg sah... hahaha... Dan selepas itu aku jumpa lagi penggiat amateur radio selepas tamat SPM.. ketika masa muda aku yg agak keterlaluan... Aku tak ingat nama beliau tapi beliau tunjukkan suatu perkara yg aku terlalu "impress".. apa benda....? menggunakan "mobile rig" beliau cuba mamasuki freq GSM (800Mhz-1.3Mhz).. haha... aku dengan org tengah gayut... mmg tak bleh lupa... awek tu menangis minta balak dia jgn tinggalkan dia.. balak dia nk g kawn org laen.. balak dia kata, u still my aweks... hahaha.. berdekah2 aku dalam kete.... then next freq-- still on GSM... huh.. berminat gila aku time tue... serba sedikit minat aku bermula...

Sekarang aku sedang mengisi borang memohon call sign... callsign adalah ID bagi seseorg pemegang lesen dan ID yg wajid disebut utk memulakan perbualan...

Jadi kepada sesiapa yg ingin mengambil "radio amateur exam" RAE.. boleh lah menyemak lawan web skmm. Setahun ada 2 kali exam.. pilih yg mana kamu suka.. mmg sesuai bagi sesiapa yg sudah mengambil subjek PRINSIP KOMUNIKASI.


by PiDOT.

3 comments:

  Anonymous

February 21, 2009 at 3:19 PM

mok.. aku macam berminat.. macam mana aku nak join?? layakkah aku??
huhuuhu

  pidot86

February 21, 2009 at 6:43 PM

join lah... sebagai aktiviti bersosial... hehe... kita sbg student xsemestinya sebagai hobi, bleh try benda2 baru.... aktiviti2 dia pun best2.. cth : fox hunter... bulan april ne kat KL

  pidot86

February 21, 2009 at 8:25 PM

http://www.jurukaka.blogspot.com/
ju.. website menarik gak mengenai radio amateur

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

FEEDJIT Live Traffic Feed