Salam,
Kabore rakan2 taulan..agak lama aku tidak menulis atau pun "posting". Agak janggal sebab lama x"posting". Hari makin berarak meninggalkan sesiapa yg ingin ditinggalkan...Jika kita leka dengan suasana kita, terlalu terpesona, masa kian mencorakkan sesuatu yg bukan didalam perancangan kita.. Moga apa yg kita rancangkan kian menjadi kenyataan.. Namun realiti adalah sebaliknya, apa yg kita dapat adalah yg tidak diduga, dan yg kita harapkan nun jauh meninggalkan kita, namun kita punya kekuatan dan semangat utk kembali bersama apa yg kita harapkan..
Seperti biasa,tulisan aku berkisar hidup aku yg tak seberapa utk dicoretkan agar menjadi peringatan dalam hidup kalian. Aku masih lagi mencari tempat utk "internship" aku bagi cuti semester ini. Bagi rakan2 seperjuangan, yang kebanyakan telah memperoleh tempat utk "internship", tahniah aku ucapkan.. tahniah lagik skali.. hehe... sbb aku blum dapat lagi, jadi tumpang gumbira atas kejayaan rakan2...
Al-kisah, yang membuatkan hati aku tersentak dan agak sedih skali, semuanya adalah salah dan silap aku sendiri.. Dalam pada mencari tempat utk latihan industri(L.I), diceritakan kepada keluarga aku, yg aku akan menjalani L.I pada cuti semester ini, maka soalan diajukan, Sudah ada tempat belum? balas bapak aku.. Jawapan aku mcm semestinya "belum"..
Diceritakan syarikat2 yg telah aku hantar utk permohonan namun semuanya ditolak.. segalanya ada hikmah disebalik apa yg berlaku, kusat dalam sabar adalah lumrah kehidupan.. hehe.. Selepas beberapa minggu, dalam sebulan lepas, adik aku "call" aku, bertanyakan samada dh dapat blum, jawapan aku "still da same"..kata nya dia ada ceritakan kpd rakan yg dia kenal yg juga rakan bapak aku, senyuman aku menjadi lebar sedikit kerana aku bakal mendapat tempat.. tapi ntah dimana... Itu kira belakang...
Selepas beberapa hari, adik aku "call" semuala dengan memberi no "loceng terbang" org yg dia telah ceritakan apa yg perlu.. Maka aku membuat panggilan kepada si IR tersebut.. Belum sempat salam diberi... ayat pertama beliau adalah "Kalau hang nak sombong, lantak hang lah..." kata2 pertama yg keluar... Jadi aku cuba berlembut tapi bukan mcm pompuan la.. hehe.. setelah bersembang2 seketika, baru aku tahu, maksudnya adalah elaun yg adik aku cakapkan.. then, aku ucapkan terima kasih sahaja kepada beliau yg masih ingin membantu aku...
Setelah bersembang dgn adik aku, kata adik aku, dia ada beritahu kepada saudara Ir tersebut bahawa, jika mendapat kawasan L.I di Kedah, elaun xder pun xkesah, namun jika diluar daripada base station, mohon diadakan elaun hanya utk bilik sewa... haha... Bijak betul adik2 aku.. xperlu ckp, dh pandai "nego".. mungkin dia masih ingat lagi semasa bersembang2 bersama keluarga... bersembang bersama2 agar jika punya idea, mampu dikongsi bersama.. "2 brain better than 1 brain" - "3 brain better than 2 brain"
Tapi berdasarkan kata2 En Ir tue, mmg agak pedih.. mengatakan aku terlalu "demand" mahukan tempat yg ada elaun sahaja.. Kata nya yg penting adalah tempat L.I, elaun bukan titik ukuran.. ... yes. betul katanya... beliau mmg benar sama skali.. aku mmg xkisah akan duit makan mahupun utk bayar sewa bilik.. Sbb aku mmg kaya.....
haha.. mana aku duit lagi.. salah aku sbb makan banyak.. salah aku sbb xdk duit.. salah aku sbb xpandai buat duit.. salah aku sbb suka melagho... yes.. En. Ir mmg benar... semua salah aku... tapi aku mmg tak der dana lagi... macam mana aku nk hidup klo nk ikot pegangan hidup En.Ir tue.. matilah aku..
Itu lah, kerana kata2 mencerminkan aku adalah manusia yg suka "demand".. nak itu dan ini, tapi tiada itu dan ini.. moga sahabat2 tidak mengikut apa yg aku lakukan malah menjadikan pengalaman aku sebagai penduan.. kerana idea dan pemikiran kita, kita dicaci, kita di cemuh dan kita termasuk dalam golongan org yg tak berguna..
Walaupun apa yg kita cakapkan adalah keperluan kita, makan minum dan tempat berteduh.. namun ia melambangkan hati, perasaan serta pandangan kita.. corak pemikiran aku yg menjurus kearah elaun sbb aku rasa, aku tak mampu hidup tanpa duit utk bayar sewa rumah.. klo tumpang umah kawan pun, xkan nk tumpang saja.. malah membebankan org lain... dh la beban tinggi nie.. hehe
p/s : moral of the story, jangan sesekali menunjukkan kelemahan diri, malah jangan sesekali demand macam aku "demand".. nanti kena sembur baru tau langit tinggi ke rendah... En.Ir tue sembur sket2 ja kat aku sbb dia kawan ngan bapak aku. klo tidak mampuih nk ckp ngan aku... hehe... yg kawan adalah mereka bukan aku.. malah aku sepatutnya tidak perlu mengharapkan org laen utk berjaya.. jgn lah sesekali megikut jejak langkah aku wahai rakan2 taulah sekalian alam... hidup ini mmg pedih jika kita tersilap langkah... Doakan kejayaan kita bersama, dunia dan akhirat.
Trello for freelancers
4 years ago
3 comments:
March 27, 2009 at 12:06 AM
oi...la ni jgn la dok pk nk dpt elaun...aku pnya tmpt pon xdpt elaun...janji LI kita buat...yg lain nnti baru kira..
March 27, 2009 at 12:01 PM
aku xmintak pun... mungkin sbb adik aku bersembang ngan dia, alih2 aku kena sound truih.. hangin gila aku... nk wat cam mana.. dh kena sound.. terima je lah...
March 28, 2009 at 12:19 AM
sbr je la..
Post a Comment