Salam,
Tersebut lah kisah antara aku dan seseorg yang sebaya aku serta parent aku.. Ini cerita sebagai pedoman agar kita tidak mudah tunduk kepada hawa nafsu. Kisah ini membuatkan aku terpikir berpanjangan. Dan keadaan begini sudah agak lama bermain didalam onak fikiran aku. Jadi elok jika aku kongsikan bersama rakan2 yg ingin membaca. Berlaku ketika aku di Kuala Lumpur beberapa tahun yg sudah.
KISAHku BERMULA begini :
Aku ada bersebang dengan seorg yg aku tidak kenali, sesorg yg agak senonoh tingkah lakunya jika dibandingkan dengan diri aku. Dari atas sampai bawah sejuk saja aku lihat dia, tidak kelihatan spt org kaya namun masih tak juga macam org yg ketiadaan kerja..
Jadi perbualan aku bermula dengan rancak sekali sbb bersembang dgn org kampung. Pusing2 Kuala Lumpur hanya menggunakan teksi dan LRT.. bandaraya metropilitan... Segalanya disponsor penuh oleh mamat neh, dari makan, minum, tido, berak dan gosok gigi.. hehe..dia nie jenis simple.. xpayah byk baju.. terdesak beli ja..
OK. apa aku nk ceritakan adalah kerja dia.. Apa kerja dia.. haha.. Beliau hanya tukang urut refleksologi... Tukang urut yg bukan calang2 orgnya.. sbb apa.. sbb dia xdk kedai pun.. bawak cream nk urut ja.. tak igt plak apa nama cream tue.. kira cream yg bau wangi lah... Beliau org kedah, pusing serata negeri mencari rezeki dgn tulang 4 kerat dia.. hehe...
Waktu aku jumpa dia tu, xsura plak sudah berapa lama dia berkecimpung dalam bidang reflexsologi neh, tapi kira otai la.. umur tua dari aku dalam 2 atau 3 tahun shj.. Tapi udah punya rumah... umah kampung lah, janji kepunyaan sendiri...
ceritanya. kerjanya sekarang hanya urut tapak kaki manusia... tidak kira siapa yg panggil akan dia datang ke rumah membuat urutan. Itulah kerja dia.. Urut kaki org sahaja. Jika dikampung halaman, rumah dia adalah pusat operasi dia.. sesiapa yg mahukan panahan urutan dia, bertandanglah ke rumah dia. Kerja dia juga ada "outstation" haha.. sering pusing serata negeri ke rumah yg memanggil...
Katanya lagi... Slalunya yg panggil beliau ke rumah adalah org kenamaan, mmg sejam urut beratus la dapat.. mmg berbaloi la... Nak dipendekkan cerita... dato'2, tan Sri2, kerabat Sultan adalah pelanggan beliau... Namun di kampung, orang biasa juga tidak dilepaskan..
Nak dipendekkan cerita... Terdetik idea di kepada otak aku, yang kemudian aku curahkan kepadanya hasil dari belajar di menara gading.. hehe... Idea aku, meminta agar dia "demand" dalam memilih pelanggan. Maksud aku disini adalah, memilih warga VVIP sahaja, maka masa adalah sama samada vip atau vvip tapi value adalah berlainan... Maka dengan bangganya aku "suggest" idea lapok aku ini...
Dia mendengar dengan hati yg terbuka malah sempat membuat catatan.. hehe..bangganya aku berjaya berkongsi ilmu dan idea dgn org laen...
Then lepas beberapa lama, sedikit conversation dengan mak ayah aku, saling bercerita. Maka aku pun ceritakan aku jumpa sekian2 ditempat sekian2, sehingga sekian2 dan kongsi sekian2..
Aku terus dimarahi.... Katanya otak aku dh tercemar. Otak aku ada virus yg perlu dihapuskan yg mana bakal mengundang padah jika disimpan ditempat yg terbuka... Aku masih blur selepas ditengking dan dimarahi.... Why? Why? Why?...
Selepas beberapa hari sambung lagi conversation tue... aku nk tau sbb apa idea aku tu salah.. sedangkan baek utk masa depan malah sebagai strategi utk berjaya.... Yang peliknya bapak aku pun tak setuju, bapak aku nie, klo bab stategi nk hidup senang mmg celah gigi dia ja... tanya sahaja apa.. Paling aku suka kisah hidup dia yg mmg aku "adore" gila.. bcoz everything must have a reason why u do a things..
Berbalik kepada kenapa aku kena marah adalah sbb... aku MANUSIA MUDAH LUPA. AKU SALAH SEORANG MANUSIA MUDAH LUPA.. mengapa begitu.. flashback semula apa idea aku tadi... surf hanya pada org VVIP, so, lagi byk uwang.. kan...
Idea parent aku.. Manusia dijadikan dengan bakat tersendiri dengan kehendak-Nya. Jika Allah mahukan seseorg itu kaya, dengan mudah dia akan jadi kaya, jika dengan ilmu, dengan mudah sesorg itu mendapat ilmu, Tapi segalanya bukan secara "direct transfer" tapi lebih kepada "indirect Transfer"...
Maksud parent aku adalah, sahabat tadi yg punyai skill mengurut adalah kurniaan Allah SWT, maka dengan apa yg dia ada, dia mesti bantu sesiapa yg memerlukan, tidak kira kaya atau miskin, tidak kira vip atau vvip.. tidak kira berbayar mahupun tidak.. Dengan idea aku tadi, telah menentukan yang mana boleh dan yang mana xboleh... Dengan ini sudah terasa otak aku kian terpengaru dgn diskriminasi terhadap yg kaya dan yang miskin. Idea aku sama skali bukan dari ajar ISLAM ataupun bukan dari ajaran mak ayah aku.. Kata mereka, agak kecewa jika2 anak2 berfikiran sebegitu.
Maka dengan pandangan mahupun idea seseorang, sudah menunjukkan siapakah beliau, bagaimana hati dan pemikiran seseorg... pembacaan hati seseorang melalui pandangan dan idea melambang persepsi awal samada boleh pakai tau tidak, boleh menjadi pemimpin atau tidak..
Maka hina rasanya diri aku yg terpengaruh dengan pemikiran diskriminasi... wawa.. sehingga sekarang aku masih was2 dengan pemikiran aku... adakah apa yang aku lakukan dijalan yg benar atau terpesong sama sekali namun org mengganggap ia juga benar.. iaitu mengia kan apa yg salah.. aku risau... Begitu dengan pemikiran aku serta rakan2 yang sering memandang serong idea, pandangan dan tingkah laku seseorg... Fikir kembali disebalik idea mahupun tingkah laku seseorang sebelum kita meyerang dengan idea dan pandangan diri kita.. adakah pandangan serta idea kita betul2 bagus dan diredhai oleh pencipta kita ALLAH SWT... fikir2kan lah..
Diriku mmg tak dpat lari dari kesilapan dan tingkah laku yg menghina diri sendiri serta org laen, tapi aku cuba sedarkan diri agar berada ditengah2, bilamana kita mampu melihat atau view dimata kita serta org laen.... harap ini sbagai peringatan utuk hidup aku mendatang...
Trello for freelancers
4 years ago
0 comments:
Post a Comment